Tuesday, November 9, 2010

Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah)


Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah) adalah ular berbisa dalam keluarga Elapidae. Ia merupakan ahli tunggal genus Ophiophagus.

Ular Tedung Selar adalah ular berbisa terbesar di dunia. Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58 metre (18.3 kaki.), walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 metre (8 kaki.); dan mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram (22 paun). Ular Tedung Selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, seringkali dengan garis bewarna putih atau kuning; semasa ular kecil garis ini lebih jelas kelihatan. Ia berasal di Asia Tenggara, mendiami hutan Malaysia, India, dan Filipina, tatapi tidak terdapat di Sri Lanka. Makanan utamanya adalah ular lain, tetapi sekiranya terdesak, ia akan memburu haiwan bertulang belakang (vertebrates) kecil lain. Ular Tedung Selar hanya memburu pada waktu siang, menggunakan matanya, dan dengan itu dikelaskan sebagai diurnal. DIsebabkan ia tidak mempunyai gigi kacip, ia menelan mangsanya lengkap sebagaimana ular lain.

Ular Tedung Selar adalah sebahagian kecil ular yang membina sarang dan bertelur dan mengeram sehingga hampir menetas. Ular Tedung Selar betina membina sarangnya dangan mengumpulkan daun buluh kering di atas tanah dan mengais dengan tubuhnya yang besar. Walaupun ramai orang yang menyatakan bahawa tidak ada yang lebih ganas berbanding ular Tedung Selar yang menjaga sarangnya, ia hanyalah cerita nenek tua (old wives tale), dan dengan sedikit dorongan ia akan meninggalkan kawasan sarangnya. Ia bertelur antara 20 hingga 40 biji telur semasa musim panas, dua bulan selepas mengawan; telur-telur itu kan menetas dalam tempoh 60 hingga 80 hari. Anak ular Tedung Selar sekitar 45 hingga 50 sentimeter panjang, dan bertanda dengan belang hitam dan putih, dan telah mempunyai bisa yang mampu membunuh. Disebabkan ular Tedung Selar adalah pemakan ular semulajadi, naluri semulajadi menyebabkan ibu ular Tedung Selar untuk meninggalkan sarang sebelum telurnya menetas, bagi menghalangnya memakan anak-anaknya sendiri, terutamanya kerana ia telah berpuasa selama dua bulan. Ular Tedung Selar jantan juga unik kerana ia menjaga sarang sehingga menetas, meronda jauh sekitar kawasan sarang bagi menghapuskan sebarang ancaman.

Walaupun ia dikenali sebagai (cobra), ia it is in a different genus. The scientific name Ophiophagus is derived from the Greek for "snake-eater". Though Ular Tedung Selars are widely spread throughout India and southern Asia, there are no known subspecies;

Ular Tedung Selar tergolong dalam ular yang mempunyai jangka hayat yang panjang sekitar 20 tahun. Ia juga dikenali sebagai jauh lebih bijak berbanding spesies ular tedung lain dan ular-ular yang lain secara umumnya. Ular Tedung Selar turut mempunyai deria penglihatan yang baik menjadikannya pemburu yang bagus.

Titik demi titik bisa ular Tedung Selar kurang berbisa berbanding kebanyakan ular termasuk (black mamba) dan ular tedung biasa, tetapi isipadu racunnya (7 ml) setiap patukan amat banyak sehinggakan ia mampu membunuh gajah atau 20-30 orang manusia. Pada masa kini, penawar bisa (anti-venom) bagi gigitannya sukar didapati. Racunnya merupakan toksin saraf. Ia mampu berdiri dalam keadaan mengancam tegak dangan kepalanya setinggi sehingga 6 kaki dan turut mampu bergerak dalam keadaan menegak; ia mampu bertentang mata dengan manusia.

Ular daripada keluarga Elapidae mempunyai bahan racun saraf (neurotoksin), keluarga Viperidae pula bahan racun jenis darah (haemotoksin) manakala keluarga Hydropidae pula mempunyai bahan racun otot (myotoksin).

Selain bahan-bahan ini, bisa ular itu juga mengandungi sejenis enzim yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai mangkin bagi meningkatkan penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf.

Bisa ular mempunyai dua fungsi yang utama iaitu melumpuhkan atau membunuh mangsa dan bertindak sebagai ejen penghadaman.

Antara tanda-tanda keracunan bisa ular jenis tedung ialah kesakitan pada tempat gigitan dalam masa setengah jam, bahagian bekas gigitan membengkak (selepas satu jam digigit), lemah badan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan mengantuk.

Mangsa patukan ular akan lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan mengalami tekanan darah menurun, mata kuyu (ptosis), pandangan menjadi kabur, sawan (konvulsi) dan badan berpeluh.

Ular Tedung Selar dewasa tidak mempunyai musuh semulajadi, walaupun mongoose diketahui menyerang anak ular Tedung Selar dan mencuri telurnya. Bagaimanapun ancaman terbesar adalah daripada kehilangan habitat akibat pencerobohan manusia yang mendorong kepada merosotnya jumlah ular yang menawan ini.

Di Malaysia ular tudung selar yang panjang hampir 4.7 meter, yang berwarna kuning gelap dan berat pada anggaran tujuh kilogram telah ditangkap pada Nov 2005.

Sunday, October 31, 2010

31 Oktober 2010, Hujung Minggu NR


Hai semua pembaca blog NR, apa kabar anda di hujung minggu ini.. wah bila hujung minggu mesti engkorang seronok .. yerlakan mana yang cuti la seronok.. yang kena keje .. ada dua.. pertama, dapat gak ada keje nak buat dan yang kedua dapat claim kerja lebih masa (OT), mana yang dapat claim la .. kadang-kadang ada majikan yang tak nak bayar .. dia kata kerja biasa.. gantinya offday.. muhahahaha...

Hari ini tugas aku seterusnya, menjalankan tugas membaca dan menterjemah berita dalam bahasa Temuan.. ini masuk hari keempat aku baca berita.. dah berderet empat hari.. kawan aku, Azlina Alam dah tiga hari berturut-turut menjalankan tugas sebagai juruhebah.. tinggal kami berdua dalam dialek Temuan yang bertungkus lumus menjalankan tugas, sebab kawan-kawan Temuan lain mereka di Gua Musang.. pun menjalankan tugas rasmi

Apapun kewajipan kita sebagai pekerja kita laksanakan sebaik mungkin, bagi aku apa yang aku boleh buat, aku buat dan yang mana termampu la .. yang tak termampu buat apa nak buat.. menyeksa dirikan.. gaji camtue gak.. muhahahahahahahahaha

oklah selamat berhujung minggu .. jumpa lagi kalau aku rajin menulis ...

wasalam ...

TAHNIAH KELANTAN DAN NEGERI SEMBILAN

Walaupun Kelantan menang 2-1 ke atas N.Sembilan, aku tetap akan ucapkan tahniah atas kejayaan kalian mara ke perlawanan akhir, dan setelah sekian lama akhirnya Kelantan memiliki Piala Malaysia untuk tahun 2010..kita tengok pulak nasib pasukan-pasukan lain dalam saingan Piala Malaysia 2011...

Saturday, October 30, 2010

30 OKTOBER 2010 , MENJELANG PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA MALAYSIA







Salam 1 Malaysia, bertemu kita di sabtu yang sunyi dan hening sebab aku ada kat opis ASYIKfm, hari ini tugas aku membaca dan menterjemah berita Temuan tepat pukul 7 malam.

Apa yang nak aku kongsikan ialah, pesta dan kemeriahan perlawanan akhir Piala Malaysia yang mana aku sempat jugak menengok gelagat penyokong kedua-dua pasukan tapi sayang aku tak dapat nak ambil gambar atau video kerana aku dalam perjalanan menuju ke RTM

Keluar highway lepas Kajang, nah kau .. jammed giler, beserabut,nasib aku bawak motor, kalau aku bawak kete, nampaknya sangkut la aku dalam jammed yang memang panjang giler,sampai Tol Sg Besi, lagi la dasyat, penyokong kedua-dua pasukan melepak tepi Plaza Tol dengan gelagat mereka, satu perkara la kan .. jaga keselamatan diri dalam keghairahan nak nengok bola jangan sampai ada yang accident lak...

Apapun semoga kedua-dua pasukan akan mempamirkan mutu permainan yang menarik dan berkualiti,dan penyokong-penyokong kedua-dua buah pasukan tunjukkanlah semangat kesukanan yang dapat kita banggakan, kalah menang adat permainan, jangan emosinal

Oklah semoga maju jaya... Hidup Kelantan dan N. Sembilan .. muhahahahahahaha

Friday, October 29, 2010

Hujan Di Lembah Klang


Hari ini 29 Oktober 2010 (Jumaat), pagi-pagi dah hujan,aku macam biasa la.. bangun awal pagi nak gerak ke RTM,kena naik opis sebab staff ASYIKfm hampir 90% takde kat opis.. meke duk sibuk ngan pilihanraya Dun Galas, ramai gak gie Pos Brooke dan sekitar Gua Musang..

Awal pagi aku dah hangin ngan perangai Rakyat Malaysia yang dok sibuk nak gie keje..aku tau lah semua orang sibuk nak gie keje.. aku pun menyibok gak nak gie keje.. tapi takdelah menyusahkan orang lain .. kita bawak motor.. habis lorong kecemasan penuh ngan mereka-mereka yang rasa nak cepat sampai opis...berderet kereta-kereta mewah dan berjenama mahal tapi otak agak kurang mahal.. kesian...sepatut sebagai pemandu yang berhemah dan berkualiti, lorong kecemasan tak patut digunakan melainkan kecemasan...tapi yerla aku nak cakap pun tak guna sebab kita nie dah di ajar untuk jadi kurang ajar dan tidak menghormati hak orang lain.. mementingkan diri sendiri la tue namanya... yer tak

apepun tahap kesabaran penting bila kita kat jalanraya.. aku bukanlah nak komplen cuma tak puas hati cara dan tabiat rakyat malaysia bila nak gie keje ... kelam kabut dan sombong ...dan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain

so. kepada pemandu-pemandu yang berkelas mewah dan ada kereta canggih manggih.. hormatilah kami pengguna motorsikal yang tak berapa nak kaya,kami gie keje kerana nak carik makan ...kami tau kami tak mampu nak bergaya ngan kereta mewah tapi otak biarlah mewah macam kereta mewah bukan otak miskin dan sombong malahan lebih memalukan bila belajar pandai-pandai tapi otak miskin, rugi malaysia

salam SATU Malaysia .. jumpa lagi di lain post.. aku besy pulak hari nie.. meting sesajer... letih mendengar meting yang takde kesudahan ..


arios..

Thursday, October 28, 2010

Hari Ini 28 Nov 2010,20 Zulkaedah 1431


Salam Satu Malaysia ..sekali lagi aku kembali untuk edisi 28 Nov 2010,khamis,pagi-pagi dah terpacak kat opis menengok kawan-kawan dok sibuk nak gie gue musang... maklum la pilihanraya nak dekat kat sana... diaorang pegi atas sebab tugas rasmi.. macam-macam la tugas kena buat, biasa la tugas penerbit... laporan lintas langsung la, rakaman la , show pentas la ,macam macam

Pagi-pagi aku nyaris accident ngan motor, salah aku jugak, tak toleh kanan dekat ngan lebuhraya pantai baru menuju ke RTM, yang bas pun bangang, main berhenti ikut suka je, nak je aku tendang bas tue... tapi kalau aku tendang.. habis la kaki aku ...

Sepanjang minggu nie .. dari 28 sampai 31 Okt, aku cover kekawan...surat arahan boss aku dah keluarkan suruh baca berita temuan dari hari nie sampai ahad nanti..

Betul la kata orang, masa itu amat bernilai.. terlalu bernilai...sampai kita tak sedar masa terus berlalu tanpa meninggalkan apa-apa pesan...terpulang la pada kita nak adjust masa dan ruang yang ada di antara keluarga dan kerjaya...

Ok semua jumpe lagi ...aku banyak nak cerita.. tapi simpan dulu la untuk kali nie.. jumpa posting esok pulak.. salam satu malaysia ... ariosss...

Wednesday, October 27, 2010

Hari ini 27 Oktober 2010 Hari Rabu bersamaan 19 Zulkaedah 1431 ..


Sepanjang hari hujan melanda lembah klang, aku lewat bangun tak dapat nak gie keje awal, hujan tak berhenti-henti mencurah-curah bumbung rumah aku..nak drive kereta malas..KL tak habis habis jammed.. dari pagi sampai la ke pagi esok, kereta mesti ada kat mana-mana.. tak reti tido ke meke nie? muhahahahaha

apa nak aku kongsikan yerlah..aku rasa malas sangat nak gie keje.. bukan ape.. kalau tak tunjuk muka karang.. mesti boss aku carik... maklum la muka wanted kat asyikfm.. tak tunjuk muka.. orang kata aku memonteng pulak.. macam macam ..

hari nie repair motor aku, minyak hitam, sistem brek.. cina kedai motor tue pelik.. lu jalan manyak jauh oooo.. yer aa umah aku ngan RTM .. lebih kurang 45km...90km pergi balik...motor save.. minyak murah la jugak isi rm3 leh pegi balik kalau dibandingkan ngan kereta.. tol lagi...

bulan nie gaji aku dah takde makne.. asyik bayar hutang je...biasa aa.. kalau tak berhutang itu binatang.. sebab binatang tak pernah hutang.. muhahahahahahaha

okey la .. malas dah nak menulis.. kat opis keje berlambak... tapi saje je malas nak layan sangat .. ada hati nak bonus ... keje malas.. muhahahahahaha

ok semua .. jumpa lagi kalau aku rajin menulis ... wasallam... muhahahahahahahah

Tuesday, October 26, 2010

Mahu penjelasan elaun tok batin

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) meminta kerajaan memberi penjelasan mengenai elaun bulanan ketua masyarakat Orang Asli yang dikatakan naik dari RM450 kepada RM800, kerana ia berbeza dengan jumlah yang mereka terima selama ini.

Wakilnya, Tijah Yok Chopil mendakwa, selama ini elaun yang diterimanya hanya RM200 sebulan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berbanding RM450 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2011 minggu lalu.

"Selama ini, semua ketua masyarakat Orang Asli hanya menerima RM200 sebulan yang dibayar JHEOA tiga bulan sekali," katanya pada sidang akhbar di pejabat Majlis Peguam Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu menyiasat perkara itu dengan terperinci kerana dikhuatiri berkemungkinan terdapatnya unsur-unsur penyelewengan.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Buluh Nipis, Kelipit Tijit mendawa, sepanjang menjadi ketua masyarakat Orang Asli ditempatnya, dia tidak pernah menerima elaun sebagai ketua masyarakat.

"Kami di sini ibarat menjadi pengemis kerana jumlah elaun yang diterima melalui projek tanaman kelapa sawit yang dilaksanakan JHEOA terlalu sedikit berbanding jika diusahakan sendiri," katanya.

Thursday, October 7, 2010

Keburukan lebih banyak daripada manfaat

2010/10/07


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Manfaat laman web rangkaian sosial popular sama ada Facebook, Friendster dan Myspace bukan hanya sekadar mengeratkan silaturahim serta bertanya khabar sedangkan keburukan ‘ditawarkan’ lebih banyak.
Pengerusi Rumah Iman Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, antara keburukan menanti ‘penagih’ laman web itu merangkumi membentuk sikap lalai, boleh meruntuhkan rumah tangga termasuk mempengaruhi remaja berzina.


“Rumah Iman kendalian Sidim menempatkan beberapa remaja perempuan yang terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina.


“Facebook itu juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial itu, sekarang ada pula kejadian seorang pelajar dipukul kerana Facebook,” katanya yang dihubungi semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas muka depan Harian Metro Isnin lalu mengenai pelajar tingkatan lima sebuah sekolah asrama di Lenggong, Perak yang cedera di mata dan dahi akibat dipukul rakan sekelas selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Aiman Asyraf, 17, dibelasah teruk kerana dikatakan menceroboh akaun Facebook milik rakannya kerana mengetahui kata laluan.


Hanafi berkata, walaupun kejadian itu boleh dianggap terpencil namun ia jelas menunjukkan akibat buruk daripada penggunaan laman web sosial.


“Kalau di jabatan kerajaan atau swasta pula, ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan sebenarnya tidak berkat.


“Facebook baru diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu saja tetapi kesannya menyebabkan kita lalai dan ia boleh menjurus ke arah keghairahan maksiat. Kalau sekadar mahu bertanya khabar atau mengeratkan silaturahim, banyak lagi medium lebih baik boleh digunakan,” katanya.


Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya.


“Kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silaturahim, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan pengguna laman web rangkaian sosial ini.

“Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati dan ia bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosial tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya.


Menurutnya, apa yang penting semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain.

Jerat kenalan Facebook

Oleh Suraya Roslan dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

2010/10/07

KUALA LUMPUR: Tiga beranak, seorang rakannya dan dua anggota polis yang cuba meleraikan satu pergaduhan dibelasah sekumpulan 50 lelaki di sebuah medan selera di Bandar Tun Razak, awal pagi kelmarin.

Kejadian dipercayai bermula apabila seorang jurujual, Mohd Farhan Othman, 20, meminta rakannya, Mohd Nazren Akmar Nazlan, 20, menemaninya untuk bertemu seorang wanita yang baru dikenali melalui laman sosial Facebook, kira-kira jam 2 pagi.


Mohd Farhan berkata, dia hanya beberapa kali berhubung dengan wanita berkenaan dan tidak pernah bertemu muka atau bercakap di telefon.


“Seperti dijanjikan, saya dan Nazren berjumpa dengan wanita terbabit yang dikenali sebagai Linda berusia 20-an. Saya yang memandu kereta kemudian mengarahkan Linda masuk ke dalam kereta tetapi wanita itu enggan sebaliknya mengajak kami minum di gerai berhampiran.


“Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki diketuai teman lelaki Linda yang bertindak mengepung medan selera berkenaan. Melihat perbuatan itu, Nazren cuba bertanya apa sebenarnya yang berlaku.


“Teman lelaki Linda kemudian menuduh kami menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada teman wanitanya sedangkan saya tidak tahu pun nombor telefon bimbit wanita berkenaan,” katanya ketika ditemui.


Beliau berkata, dia meminta teman lelaki wanita terbabit menunjukkan bukti dan SMS lucah berkenaan.


“Bagaimanapun, mereka gagal menunjukkan bukti itu sebelum bertindak membelasah Nazren. Saya sempat mengelak sebelum bapa Nazren dan abangnya yang dimaklumkan kemungkinan berlaku pergaduhan tiba sebaik dihubungi,” katanya. Katanya, sebaik bapa Nazren dan abangnya tiba untuk membantu, mereka turut dibelasah kumpulan itu. Kali ini jumlah mereka yang terbabit membelasah mereka bertambah ramai kerana pekerja gerai makan di medan selera itu turut mengambil kesempatan.


“Pada masa sama dua anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan jenayah di kawasan itu cuba masuk campur untuk meleraikan pergaduhan itu sebaliknya mereka turut dibelasah.


“Bagaimanapun, anggota terbabit hanya cedera ringan. Semua lelaki terbabit sempat melarikan diri sebaik sebuah kereta peronda polis muncul untuk memberi bantuan,” katanya.


Sebaik semua lelaki itu melarikan diri, Nazren didapati mengalami pendarahan teruk di kepala dipercayai dihentak dengan objek keras dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Dia terpaksa menerima 20 jahitan di kepala manakala ibu jari kakinya hampir hancur manakala abangnya turut dirawat di hospital sama akibat kecederaan di dagu. Bapanya, Farhan dan dua anggota polis pula hanya cedera ringan.


Sementara itu, Mohd Nazren berkata, dia yang ketika itu sudah lemah dibelasah teruk kumpulan terbabit tiba-tiba melihat dua daripada mereka mengambil sebatang besi dan menghentak kepalanya hingga pengsan.


“Apa yang dikesalkan, saya dapat melihat orang awam di sekitar medan selera itu turut membelasah kami, malah ada antara mereka yang memakai ‘apron’ dapur semata-mata untuk menyertai ‘pesta’ berkenaan. Mereka sepatutnya membantu kami, bukannya menyokong kumpulan samseng berkenaan.


“Saya hanya sedar apabila berada di wad kecemasan dengan kepala berlumuran darah dan tidak dapat mengingati apa yang berlaku, saya sedih kerana abang turut dimasukkan ke wad hanya kerana ingin membantu saya,” katanya.

Nazren turut membuat laporan polis di PPUKM kerana tidak berpuas hati dipukul tanpa sebab. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman mengesahkan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Wednesday, October 6, 2010

RTM Pelawa Ahli Muzik Ke Temuduga Sertai Kombo Perakfm

IPOH, 4 Okt (Bernama) -- Jabatan Penyiaran Negeri Perak hari ini mempelawa ahli-ahli muzik untuk menghadiri sesi uji bakat dan temuduga bagi menganggotai Kombo Perakfm.

Pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan Ahli Muzik Gred B27 itu akan diadakan di PerakFM di sini dari 10 pagi hingga 5 petang pada Isnin depan, kata pengarahnya Noriaini Mohd Idris.

Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata ujibakat itu bertujuan mencungkil bakat baru bagi memantapkan Kombo Perakfm yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

Mereka yang berminat perlu menepati syarat seperti mempunyai bakat dan kemahiran bermain alat muzik, boleh menulis dan membaca nota muzik dan mempunyai kelayakan akademik yang setaraf.

"Calon-calon yang berpengalaman sebagai pemuzik profesional melebihi tiga tahun juga layak untuk menyertai temuduga ini," katanya.

Noriani berkata untuk sesi temuduga itu, setiap calon dikehendaki membawa alat muzik sendiri yang akan dimainkan kecuali deram, piano dan keyboard.

Calon juga dikehendaki memainkan lagu gubahan sendiri semasa temuduga itu, katanya.

-- BERNAMA

Saturday, August 28, 2010

Bantuan Aidilfitri kakitangan awam Rabu 1 Sept 2010

2010/08/28
KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk 1.24 juta kakitangan awam sempena Aidilfitri seperti diumumkan Perdana Menteri, Khamis lalu akan mula dibayar pada Rabu, 1 September ini manakala pesara akan menerima bayaran pada 6 September (Isnin).

Menurut pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam, bayaran bagi pesara yang menerima pencen menerusi waran akan diposkan sebelum tarikh berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2010 menyatakan Bantuan Khas Kewangan itu dibayar kepada kakitangan awam yang berkhidmat pada tahun ini.

Katanya, perkiraan Bantuan Khas Kewangan adalah tertakluk kepada genap satu bulan perkhidmatan dan kiraan genap satu bulan perkhidmatan bermaksud satu bulan kalendar.

Thursday, August 26, 2010

Dapat bantuan raya RM500

2010/08/26

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan semalam mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan RM500.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan semalam, bayaran itu bagi petugas dalam Gred 1 hingga 54 serta pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.


“Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara terutama bagi meringankan persediaan Aidilfitri,” katanya yang juga Menteri Kewangan. Katanya, bayaran itu membabitkan RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - Bernama

Sunday, August 15, 2010

8 ditahan merokok pada siang Ramadan

2010/08/14
GEORGETOWN: Tindakan agresif seorang warga emas yang enggan menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa mengundang padah apabila ditahan dalam Operasi Ramadan di Lorong Kulit di sini, kelmarin.
Warga emas berusia 50-an itu antara lapan lelaki ditahan dalam beberapa lokasi berasingan kerana menghisap rokok secara terbuka dan tidak menghormati Ramadan sepanjang dua hari umat Islam berpuasa.


Dalam pemeriksaan pada hari pertama, sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menahan dua lelaki di kawasan Lorong Kulit dan Butterworth.


Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, dalam operasi kira-kira jam 10.30 pagi di kawasan Lorong Kulit itu seorang lelaki warga emas dilihat menghisap rokok di tempat terbuka tanpa segan silu.


Beliau berkata, ketika menghampiri warga emas berkenaan dia enggan memberikan kerjasama kepada pegawai penguat kuasa agama apabila diminta menyerahkan kad pengenalannya untuk diambil keterangan diri.

Wednesday, August 11, 2010

Malaysia nafi tindas masyarakat Orang Asli

KUANTAN 10 Ogos - Kerajaan menafikan dakwaan kononnya melakukan penindasan ke atas masyarakat Orang Asli sebaliknya menganggap Malaysia merupakan negara terbaik di dunia yang membela kaum pribumi itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan, tohmahan itu adalah tidak berasas kerana kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat Orang Asli berbanding negara lain yang mempunyai penduduk pribumi.

''Jika benar ada penindasan, tidak akan ada 279 pelajar Orang Asli yang memasuki universiti awam dan berjaya mendapat pekerjaan. Kita juga mewujudkan sebuah hospital khas di Gombak dan sebuah klinik bergerak bagi kemudahan mereka.

''Kalau ada tohmahan itu, ia tidak benar sama sekali dan saya yakin apa yang kita lakukan adalah lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh negara lain.

''Ini kerana, kerajaan sentiasa menyusun dengan baik langkah-langkah membangun dan memajukan Orang Asli pada masa kini dan akan datang," katanya selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan isu utama komuniti Orang Asli di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan melalui laman webnya yang mendakwa berlaku penindasan di kalangan Orang Asli di Malaysia seperti masalah eksploitasi dan rampasan tanah, wilayah dan sumber asli yang berterusan oleh pihak kerajaan dan syarikat swasta.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.

Thursday, June 17, 2010

PELAKON dan pelawak popular, Saifulazam Mohammad Yusoff atau lebih dikenali Saiful Apek (tengah) dalam keadaan tidak terurus ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk sebutan kes selepas ditahan positif dadah, di Petaling Jaya, 16 Jun. - Utusan/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

Monday, June 7, 2010

NR HOME STUDIO



Sebuah Home Studio yang bakal menyepahkan rumah sendiri dan meserabotkan kepala OTAK dengan lagu-lagu yang berkecamuk macam NR Home Studio ... hehe... saje je main main buat lagu.. time datang ilham bukan menentu.. tengah berak pun leh bikin lagu bro.. hahahahahaha....

Friday, June 4, 2010

Wednesday, June 2, 2010



Kris Dayanti

Mencintaimu

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti

Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

( korus )
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

( ulang korus 2X )

( ulang korus 3X )

Thursday, May 27, 2010

Orang Asli peroleh pampasan tanah RM6.5j

2010/05/27
PUTRAJAYA: Kemenangan bagi 26 keluarga Orang Asli Temuan di Bukit Tampoi, Dengkil, apabila diberikan pampasan RM6.5 juta kerana tanah adat mereka diambil untuk membina Lebuh Raya Nilai-Banting ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 1995.

Pampasan itu diberikan berikutan Mahkamah Persekutuan semalam mencatatkan satu terma perjanjian penyelesaian antara mereka dan Kerajaan Persekutuan, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan kontraktor, United Engineers (M) Bhd (UEM).

Dalam satu perjanjian penyelesaian yang bersejarah itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said yang mewakili kerajaan membacakan terma penyelesaian itu di depan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong.

Kamaluddin berkata, mengikut terma LLM bersetuju membayar RM6.5 juta kepada Orang Asli Temuan untuk kes itu diselesaikan sepenuhnya dalam masa sebulan dari semalam dan jumlah itu disimpan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk pembayaran.

Beliau berkata, jumlah itu diberikan kepada tujuh responden dalam kes ini serta individu yang tinggal di kawasan berkenaan. Tanah itu diduduki oleh masyarakat berkenaan lebih 200 tahun.

Mahkamah itu juga membenarkan permohonan Kamaluddin untuk menarik balik rayuan kerajaan, LLM dan UEM terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan tanah itu milik Orang Asli kerana ia tanah turun-temurun.

“Arahan kita ialah untuk menarik balik rayuan itu dan membacakan terma pelaksanaan dan pihak yang menyediakan terma itu,” kata Kamaluddin.
Peguam utama untuk Orang Asli, Datuk Dr C V Dass meminta kelulusan mahkamah untuk terma itu dibacakan dalam mahkamah terbuka untuk manfaat responden, yang hadir di mahkamah berkenaan.

Penasihat Undang-undang Selangor, Datin Paduka Zauyah Be Loth Khan memberitahu mahkamah kerajaan Selangor pada April tahun lalu, menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, lebih 50 anggota keluarga Orang Asli Temuan dengan memakai destar di kepala, berkumpul di luar mahkamah, dan lega dan berpuashati dengan keputusan itu.

Sagong, 79, ketika ditemui pemberita berkata beliau lega kes itu akhirnya selesai selepas 14 tahun.

Ditanya rancangannya mengenai wang pampasan yang akan diterimanya, beliau secara bergurau berkata: “Tidak tahu lagi nak buat apa sebab saya sudah tua, tapi mungkin nak beli rumah atau mungkin nak kahwin lagi”.

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa sedih kerana kemenangan semalam tidak dapat dikongsi bersama empat lagi rakannya yang sudah meninggal dunia.

Friday, May 14, 2010

Aku Dan Kenangan



The Brain Connection

Aku Dan Kenangan

Sunyi dan sepi...
Tiada bintang yang berkelipan di langit yang biru
Tiada kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda
Ku nanti dikau...

Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya...
Yang ku nantikan tak kunjung tiba... oh...

Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang...
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal...
Pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih...

Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal...
Kepada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih...

Tersenyum aku...
Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau
Yang tinggal...
Hanya gambar jua tandamata dan kenangan

Tiada terduga...
Yang ini harus terjadi di malam begini
Mungkinkah... Kitakan bersua lagi...

Thursday, May 13, 2010

Raja Lawak cedera



Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


JOHAN dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selepas terkena gelas kaca, semalam.

SEREMBAN 12 Mei - Pelakon dan pengacara terkenal siri Raja Lawak, Johan cedera selepas terkena gelas kaca yang dilemparkan oleh seorang pengarah dalam satu pertengkaran di sebuah restoran di Taman Sri Pulai, Sikamat di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 6.15 petang, Johan atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz, 26, dipercayai sedang berbincang di restoran tersebut selepas selesai sesi menjalani penggambaran sebuah drama.

Namun, sesi perbincangan itu bertukar menjadi pergaduhan sehingga pengarah berkenaan dipercayai membaling gelas yang ada di atas meja ke arah Johan sehingga menyebabkan kepala pelawak itu berdarah.

Sumber memberitahu, Johan berada di Seremban bagi menjalani penggambaran sebuah drama seram terbitan Astro Prima dan turut dibintangi oleh isterinya, Ozlynn Waty Ismail atau lebih dikenali sebagai Ozlynn.

Menurutnya, pertengkaran itu berpunca selepas pengarah berkenaan menegur sikap Johan yang sering lewat tiba di lokasi penggambaran yang baru berlangsung selama lima hari.

Bagaimanapun, pertengkaran mereka berjaya dileraikan oleh Ozlynn dan beberapa kru penggambaran yang turut berada di lokasi kejadian.

"Ekoran kejadian itu, Johan membuat satu laporan polis di Balai Polis Seremban 2 sebelum dibawa ke HTJ (Hospital Tuanku Ja'afar) untuk menerima rawatan lanjut.

"Keadaan Johan dilaporkan tidak membimbangkan dan dia hanya menerima beberapa jahitan di kepala dan diletakkan sebagai pesakit luar," katanya.

Usaha wartawan untuk menemubual Johan ketika di HTJ gagal selepas pelakon itu keluar mengikut pintu belakang bagi mengelak daripada gambarnya dirakam jurukamera.

Difahamkan pengarah berkenaan juga membuat satu laporan polis di Balai Polis Rahang di sini sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada kedua-dua mereka.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat secara lanjut mengenai kes berkenaan secara menyeluruh bagi mengenalpasti punca kejadian.

"Kita telah mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak dan kita akan menyiasat apakah punca sebenar sehingga tercetusnya kejadian itu.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

Friday, April 30, 2010

Pengurusan Masa Dalam Hidup Anda


Faktor-Faktor Pengurusan masa.

Pembahagian Masa

Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.

Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah

1. Masa hidup sebelum mati
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa muda sebelum tua
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa senang sebelum susah


Terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:

1. kerja dan keluarga
2. rakan-rakan
3. aktiviti yang tidak berfaedah
4. pengaruh media massa
5. sikap
Cara mengurus masa

Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:

1.senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
2.susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
3.elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
4.agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
5.buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
6.Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
7.Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.

Wednesday, April 28, 2010

Tok batin tolak rasuah

ARKIB : 27/04/2010

Tok batin tolak rasuah

KUANTAN 26 April - Kegiatan rasuah tidak mengenal orang dan tempat sehinggakan masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman turut menjadi sasaran pihak yang rakus demi memenuhi kepentingan diri sendiri.

Perkara itu diakui seorang tok batin masyarakat Orang Asli, Bachok Lipan, 78, yang mengalami sendiri pengalaman cuba dirasuah di Ringlet, Cameron Highlands tahun lalu.

Kejadian berlaku pada September tahun lalu apabila seorang pengusaha kebun sayur-sayuran cuba merasuah Bachok dan beberapa penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Relong, Ringlet bertujuan menceroboh tanah di kawasan berkenaan.

''Sebaik ternampak kami, pengusaha kebun tersebut terus menawarkan RM1,000 supaya merahsiakan kegiatan mereka kepada pihak berkuasa.

''Mungkin mereka ingat kami Orang Asli tidak tahu bahawa rasuah itu salah dari segi undang-undang, tetapi mereka silap.

''Tanpa berlengah, saya dan beberapa penduduk kampung segera melaporkan perkara tersebut di Balai Polis Ringlet dan menyerahkan wang tersebut kepada SPRM," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Kempen Perangi Pemberi Rasuah di sini hari ini.

Bachok antara 16 individu yang menerima sijil penghargaan pada majlis yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Tuesday, April 20, 2010

Pindaan Akta 134 beri manfaat kepada Orang Asli

Utusan Malaysia 20 April 2010

BERA 19 April - Lebih 150,000 Orang Asli di seluruh negara bakal mendapat pelbagai manfaat apabila pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) mengenai kaum itu dibentang pada sidang Parlimen Jun ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohd. Olian Abdullah berkata, kerajaan sedang meneliti secara terperinci untuk meminda akta tersebut yang akan dikemukakan kepada Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen.

"Akta tersebut sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan negara sekarang kerana ia dibuat pada tahun 1954 bagi tujuan melindungi Orang Asli daripada menjadi mangsa kekejaman komunis.

"Pindaan akta itu nanti akan membolehkan masyarakat pribumi menikmati arus pembangunan setanding dengan rakyat yang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Orang Asli di Kampung Chuat dan Kampung Bongkok dekat sini hari ini.

Menurut Mohd. Olian, pindaan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia bagi memastikan semua rakyat menikmati arus pembangunan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Orang Asli mengubah sikap dengan tidak lagi hidup berpindah randah kerana sukar bagi kerajaan melaksanakan pembangunan jika mereka meneruskan cara hidup sedemikian.

"Kerajaan menyediakan peruntukan ratusan juta ringgit setiap tahun bagi pembangunan Orang Asli tetapi oleh kerana mereka bertaburan di merata tempat, pembangunan terpaksa ditangguhkan atau dilaksanakan di kawasan lain terlebih dahulu," jelasnya.

Beliau berkata, di daerah ini, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menyediakan pelan pembangunan terancang bagi membangunkan Pos Iskandar serta Tasik Bera.

Menurutnya, salah satu projek yang akan dilancarkan oleh kerajaan ialah menjadikan Tasik Bera dan Pos Iskandar sebagai kawasan pembangunan dan penempatan khas bagi masyarakat Orang Asli.

Kerajaan tetap bantu Orang Asli

2010/04/20
HULU BERNAM: Kerajaan menafikan dakwaan pembangkang kononnya Orang Asli termasuk di Hulu Selangor tidak dibantu terutama membabitkan hak milik tanah.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sebaliknya berkata, kerajaan akan meminda Akta Orang Asli 1954 dalam tempoh terdekat bagi menambah baik peraturan berkaitan pemilikan tanah Orang Asli.

"Kita sudah berdialog, mengadakan bengkel dan berbincang dengan persatuan Orang Asli, Majlis Peguam dan pihak berkaitan bagi memperincikan draf pindaan it
"Apabila akta berkenaan dikuatkuasakan, ia akan membolehkan tanah Orang Asli diwarta bagi mengatasi masalah pemilikan tanah.

"Kerajaan juga mahu Orang Asli bukan setakat layak dapat tanah rizab, malah berhak memiliki tanah di tempat lain," katanya selepas Program Ramah Mesra 1Malaysia Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Serigala, Sungai Selisik di sini, semalam.

Mohd Shafie berkata, kerajaan memperuntukkan RM300 juta di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) luar bandar yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun bagi membantu Orang Asli.

Dalam perkembangan berkaitan, Shafie meminta penduduk Orang Asli supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang, sebaliknya menilai apa sumbangan kerajaan kepada mereka.

Friday, March 19, 2010

Peruntukan Tanah Orang Asli Diteliti


ARKIB : 18/03/2010
Peruntukan tanah Orang Asli diteliti

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my



Pegawai Tugas Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim (kiri) menerima memorandum bantahan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli daripada Majid Suhut. Turut menyaksikan penyerahan memorandum itu, Shafie Apdal dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abd. Jabar Che Nai (tiga dari kiri) di hadapan pintu utama Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 17 Mac - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang meneliti cadangan supaya peruntukan keluasan tanah di bawah Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah kepada orang Asli dikaji semula.

Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, beberapa cadangan dalam dasar tersebut termasuk peruntukan 2.4 hektar tanah untuk tujuan aktiviti penanaman dan 0.1 hektar untuk tujuan kediaman telah menimbulkan reaksi berbeza daripada Orang Asli.

''Terdapat sedikit isu yang tidak dapat diselesaikan berhubung keluasan dan kaedah pengagihan tanah.

''Kerajaan meneliti semua cadangan yang dikemukakan malahan kami mengadakan pameran bergerak untuk mengumpul pandangan Orang Asli," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan kira-kira 1,000 Orang Asli di kementeriannya di sini, hari ini.

Masyarakat Orang Asli itu berkumpul di sini untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan berhubung Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Kepada Orang Asli yang didakwa mengabaikan kepentingan komuniti tersebut.

Pada masa ini terdapat 141,000 Orang Asli membabitkan 18 suku menetap di seluruh Semenanjung Malaysia.

Terdahulu, dalam sesi dialog , Shafie memberi jaminan bahawa semua undang-undang mengenai Orang Asli akan digubal dengan mengutamakan kepentingan masyarakat itu.

''Rang undang-undang mengenai tanah Orang Asli akan digubal mengikut ramuan Orang Asli dengan mengambil kira keperluan Orang Asli," katanya.

Shafie bagaimanapun mahu Orang Asli bersedia menerima perubahan positif yang akan membawa kebaikan kepada golongan tersebut.

''Orang Asli tidak harus terlalu memfokus kepada tanah yang diperuntukkan kepada mereka, mereka juga patut menggunakan hak sebagai rakyat untuk memohon program perumahan rakyat dan rumah kos rendah," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, dua jawatan pengarah dalam Jabatan Hal Ehwal Orang Asli akan diisi dari kalangan Orang Asli sendiri.

''Kami juga akan meneliti cadangan supaya senator yang mewakili Orang Asli dilantik dalam Dewan Negara," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Majid Suhut berkata, masyarakat Orang Asli mahu seorang yang benar-benar mewakili masyarakat itu dilantik untuk bersuara di Dewan Negara.

''Sekarang memang ada senator dari Orang Asli tetapi dilantik atas kapasiti parti politik, kami berharap seorang senator yang betul-betul mewakili kita boleh bersuara di Dewan Negara," katanya.