Wednesday, August 28, 2019

Dengar NRfm di sini

dengar NRfm di pautan -->

    Friday, January 20, 2012

    Page Baru Genrai di Facebook



    http://www.facebook.com/pages/Genrai/228258313922039

    Friday, November 18, 2011

    Tiga Cedera Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Gombak





    Tiga Cedera Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Gombak

    KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Tiga cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori, dua kereta dan sebuah van di persimpangan lampu isyarat jalan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak Khamis.

    Insiden 11.30 pagi itu berlaku apabila lori dari arah Plaza Tol Gombak menghala ke UIAM, merempuh belakang van yang dinaiki enam orang sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta lain, kata Timbalan Ketua Polis Gombak Superintendan Rosly Hassan.

    "Pemandu lori itu terbabas dan melanggar pembahagi besi di tengah jalan lalu memasuki laluan bertentangan, sebelum merempuh kereta Proton Persona hingga menyebabkannya hampir terjunam ke dalam gaung," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

    Beliau berkata kereta Proton Iswara, yang dipandu seorang lelaki berumur 71 tahun, sempat mengelak daripada melanggar Proton Persona itu dan hanya mengalami kerosakan kecil akibat terkena serpihan batu.

    Rosly berkata akibat kemalangan itu, tiga penumpang van cedera termasuk dua parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

    "Polis juga mendapatkan spesimen darah pemandu lori yang berusia 41 tahun itu untuk ujian dadah dan alkohol,"katanya.

    -- BERNAMA

    *** Pemandu Van JKOA= saudara Ramlan,sahabat saya di kabarkan patah tulang hidung dan tercampak keluar dari van....semoga beliau berada dalam keadaan selamat...amin

    Tuesday, July 26, 2011

    Bagaimana nasib pasukan Bolasepak Malaysia 28 Julai 2011?????




    Bola Bola Bola .. yearghhh.. Julai ini hanya Bola Bola dalam kepala hotak aku.. minat aku pada bola kembali seperti dulu..walaupun kekuatan aku tidaklah sehebat remaja dulu...dalam usia penyampai 35 tahun, sudah tentu kudrat aku tak terdaya dah..

    Apepun Bolasepak Malaysia menjadi sebahagian minat aku selain liga EPL dan lain lain liga bolasepak dunia juga kejohanan yang berkait bola...

    Khamis 28 hb Julai 2011... 8.45 mlm penentu hala tuju skuad Dato K Rajagopal melakar sejarah seandai layak merupakan satu kebanggaan kepada seluruh warga Malaysia...

    Aku pasti seluruh rakyat tak kira apa jua kaum,agama dan juga bangsa terus menyokong pasukan kebangsaan kita...walaupun ketika di Singapura tempohari perkabarannya kurang enak dan ramai pekritik dan pemerhati bolasepak Malaysia berasa risau akan prestasi skuad kebangsaan yang tidak menentu..

    Sekali lagi.. Khamis ini penentu segala...aku tak sabar nak melihat bagaimanakah hasilnya nanti...ayuh sokong ramai ramai...Malaysia Boleh!!!!!!

    Senarai pemain skuad Bolasepak Malaysia 2011

    Penjaga Gol

    Khairul Fahmi Che Mat
    Mohd Sharbinee Allawee
    Mohd Nasril Nordin

    Pertahanan

    Mahali Jasuli
    Mohd Asruddin Putra Omar
    Mohd Muslim Ahmad
    Mohd Fadhli Mohd Shas
    Mohd Aidil Zafuan
    Helmi Remeli
    Mohd Azmi Muslim
    Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid

    Tengah

    Safiq Rahim
    Shakir Shaari
    Ismail Faruqi Ashari
    Amar Rohidan
    Baddrol Bakhtiar
    K Gurusamy
    S Kunalan
    Mohd Amirulhadi Zainal

    Penyerang

    Mohd Safee Mohd Sali
    Ahmad Fakri Saarani
    Mohd Ashaari Samsudin
    Abdul Hadi Yahya
    Izzaq Faris Ramlan