Friday, November 18, 2011

Tiga Cedera Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Gombak





Tiga Cedera Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Gombak

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Tiga cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori, dua kereta dan sebuah van di persimpangan lampu isyarat jalan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak Khamis.

Insiden 11.30 pagi itu berlaku apabila lori dari arah Plaza Tol Gombak menghala ke UIAM, merempuh belakang van yang dinaiki enam orang sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta lain, kata Timbalan Ketua Polis Gombak Superintendan Rosly Hassan.

"Pemandu lori itu terbabas dan melanggar pembahagi besi di tengah jalan lalu memasuki laluan bertentangan, sebelum merempuh kereta Proton Persona hingga menyebabkannya hampir terjunam ke dalam gaung," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Beliau berkata kereta Proton Iswara, yang dipandu seorang lelaki berumur 71 tahun, sempat mengelak daripada melanggar Proton Persona itu dan hanya mengalami kerosakan kecil akibat terkena serpihan batu.

Rosly berkata akibat kemalangan itu, tiga penumpang van cedera termasuk dua parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

"Polis juga mendapatkan spesimen darah pemandu lori yang berusia 41 tahun itu untuk ujian dadah dan alkohol,"katanya.

-- BERNAMA

*** Pemandu Van JKOA= saudara Ramlan,sahabat saya di kabarkan patah tulang hidung dan tercampak keluar dari van....semoga beliau berada dalam keadaan selamat...amin

No comments: