Tuesday, July 21, 2009

Man. U bukan lawan skuad negara


AMRI YAHYAH (kiri) dihalang oleh dua pertahanan United, Jonny Evans (tengah) dan Michael Carrick pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

SKUAD negara terpaksa akur dengan kehebatan lawan mereka, Manchester United apabila tewas 0-2 pada perlawanan persahabatan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Pada perlawanan pertama petang Sabtu lalu, Malaysia sekadar tewas tipis 2-3 dengan Amri Yahyah menjaringkan kedua- dua gol.

Bagi perlawanan kedua ini, pengurus United, Alex Ferguson memilih untuk tidak menurunkan kesebelasan utama Sabtu lalu kecuali mengekalkan pemain pertahanan, Jonny Evans.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal pula mengekalkan kesebela- san yang sama kecuali merehatkan pemain tengah, Amar Rohidan bagi memberi peluang kepada Bunyamin Umar.

Sebelum perlawanan bermula, pemain kedua-dua pasukan dan 40,000 orang penonton bertafakur selama seminit sebagai memperingati peristiwa pengeboman di Jakarta, Jumaat lalu.

Tidak seperti pada perlawanan pertama Sabtu lalu, aksi separuh masa pertama skuad kebangsaan jelas longlai dan tiada langsung percubaan tepat ke arah gol berjaya dihasilkan.

Seawal minit ke-10, United sudah berjaya memperoleh gol pertama menerusi Federico Macheda yang mudah menyempurnakan hantaran Darren Fletcher dari sebelah kanan.

SHAFIQ RAHIM (kiri) terpaksa bekerja keras untuk menghalang pergerakan penyerang United, Michael Owen.

Dua minit kemudian, Michael Owen meletakkan United 2-0 dengan memanfaatkan peluang terbuka di depan gol setelah hantaran lintang Zoran Tosic dari sebelah kiri gagal ditanduk keluar oleh Asrarud- din Putra Omar.

Menyedari kelincahan sayap kiri United, Tosic yang begitu mudah memperdayakan bek kanan, Maz- lizam Mohamad, Rajagobal pantas mengeluarkan pemain Perlis itu dan menggantikannya dengan V. Thirumurugan pada minit ke-14 sebelum mengeluarkan Asrarud- din pada minit ke-32 untuk diganti- kan dengan Azmi Muslim.

Biarpun United terus melakukan beberapa percubaan menarik, gawang Malaysia yang dikawal Farizal Marlias masih mampu bertahan dan kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, Ferguson memasukkan Tomasz Kuszczak menggantikan Foster manakala Rajagobal memasukkan Norshahrul Idlan Talaha menggantikan Zaquan Adha Radzak.


Aksi di awal babak kedua ini sekadar menyaksikan bola berlegar-legar di tengah padang sambil United sesekali membuat gerakan menarik manakala Malaysia tetap gagal menembusi benteng United.

The Red Giant memperoleh banyak peluang untuk menambah jaringan selepas itu menerusi percubaan tiga pemain gantian, Dar- ron Gibson, Dimitar Berbatov dan Nani tetapi berjaya diselamatkan oleh Farizal.

Pada minit ke-75, rembatan kencang Wayne Rooney sekadar menggegar jaring kiri gawang Malaysia manakala tolakan Anderson pada minit ke-80 sedikit sipi.

Bagaimanapun, tiga percubaan terbaik Malaysia hanya diperoleh di penghujung perlawanan.

Pada minit ke-86, percubaan penyerang gantian, Ahmad Shakir Md. Ali berjaya dihadang oleh Rio Ferdinand, sementara lorongan Khyril Muhymeen gagal disambar kemas oleh Ahmad Shakir.


No comments: