SUNGKAI 29 Okt. - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) meminta Tok Batin masyarakat Orang Asli supaya membantu kerajaan dalam menyedarkan masyarakat bawahannya tentang kepentingan pendidikan.
Ketua Pengarah JHEOA, Mohd. Sani Mistam berkata, langkah itu sangat penting kerana tahap pendidikan anak-anak Orang Asli masih di peringkat yang tidak membanggakan sedangkan sudah terbukti terdapat kalangan mereka yang berjaya dalam pendidikan.
''Jika Tok Batin dapat membantu menyedarkan kepentingan pendidikan kalangan anak Orang Asli, ia secara tidak langsung dapat menjadikan masyarakat ini lebih maju pada masa depan.
''Pada masa sama, kita mahu anak-anak Orang Asli menikmati pendidikan setanding dengan kaum lain di negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kem Kesihatan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Orang Asli Sungai Tisong, dekat sini, hari ini.
Mohd. Sani berkata, secara tidak langsung, kesedaran tentang pentingnya pendidikan akan membantu meningkatkan taraf kedudukan kesihatan, ekonomi dan sosial kalangan masyakarat Orang Asli.
Sementara itu, beliau berkata, JHEOA mendapat peruntukan sebanyak RM50 juta dalam tempoh rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menjayakan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk orang asli di negara ini.
Menurut beliau, sebanyak 11,000 buah rumah PPRT telah dibina sejak ia dilaksanakan dalam RMK-7 bagi membolehkan kerajaan mengatasi masalah kemiskinan tegar.
Katanya, sebanyak 9,003 golongan Orang Asli di negara ini tergolong dalam miskin tegar yang mempunyai pendapatan di bawah RM420 sebulan.
Nota***
Yer la Batin dapat...Batin Kampung aku tak tahulah....
ALBUM KOMPILASI GRADUNG GRADENG 2012 DI PASARAN
11 years ago
No comments:
Post a Comment