Wednesday, November 19, 2008

Pelajar Orang Asli cipta rekod

JELEBU 13 Nov. – Pelajar Orang Asli, Shamiza Saribut, 12, muncul pelajar tunggal dan pertama Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di sini, memperoleh 5A.
Kejayaan itu juga menyaksikan Shamiza mencipta rekod apabila sekolah yang menempatkan asrama 100 peratus untuk pelajar Orang Asli itu, kini tersenarai sebagai sekolah yang berjaya menghasilkan pelajar cemerlang UPSR di negeri ini.
Malahan lebih bersejarah lagi apabila sekolah yang ditubuhkan 40 tahun lalu, kini mempunyai seorang pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR.
Shamiza yang ditemui di sini berkata, kejayaannya itu membawa harapan besar dalam mengubah kehidupan pelajar orang Asli, lebih-lebih lagi sifat pemalu semula jadi yang perlu dikikis untuk memasuki era pendidikan yang lebih mencabar.
‘‘Saya tidak menduga sama sekali akan mendapat keputusan cemerlang 5A. Saya diberitahu pagi ini oleh guru. Kejayaan ini saya kongsi bersama ibu, Norizah Logir yang sama-sama menemankan saya mendapatkan keputusan ini,” ujarnya

nota***
Jelebu??mcm tempat keje Ayah aku je, JHEOA Daerah Jelebu,Mamak Denan...hehe

No comments: