Sunday, June 28, 2009
Misteri ikan naga
“Apa yang digelar ikan naga di Tasik Kenyir sebenarnya ikan Arapaima Gigas. Mungkin orang menggelarnya ikan naga sebab saiznya besar dan kulitnya bersisik besar seperti naga.
“Namun, ikan itu tak makan orang dan saya yakin dua kes kematian yang berlaku baru-baru ini tak ada kena mengena dengan ikan itu.”
Demikian kata pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir, Mohd Bidin Ibrahim, 45, mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kematian pekerja projek Taman Burung, Helmi Shukri Hashim, 28, dan anggota bomba, Aladi Hassan, 41, berpunca daripada serangan ikan naga yang menghuni tasik itu.
Helmi mati lemas selepas didakwa terjatuh dari bot pada 14 Jun lalu ketika menghantar rakannya membuang air di sebuah pulau di tasik berkenaan.
Aladi yang melakukan misi mencari Helmi ditemui lemas sehari selepas kejadian di dasar tasik berkenaan dalam keadaan tersangkut pada ranting kayu balak.
Mohd Bidin dari Kampung Langgar, di sini, yang 20 tahun mencari rezeki di tasik seluas 2,600 kilometer persegi itu berkata, kewujudan ikan bersaiz gergasi di dalam Tasik Kenyir bukan perkara aneh kerana dia pernah melihat seekor ikan sepanjang kira-kira tiga meter.
“Saya pernah melalui pengalaman diekori seekor ikan gergasi yang saiznya sama besar dengan bot gentian kaca yang saya naik. Kejadian itu berlaku tahun lalu dan ia antara peristiwa yang tak akan saya lupakan,” katanya.
Menurutnya, pengalaman berkenaan turut dialami beberapa rakan yang mencari rezeki di tasik dipenuhi pelbagai spesies ikan sungai seperti Toman, Kelah, Lampam, Sebarau, Baung dan Tapah itu.
“Walaupun ramai nelayan tasik pernah terserempak atau dikejar ikan gergasi itu, sehingga kini belum ada yang mati disebabkannya,” katanya.
Menjawab soalan bagaimana ikan Arapaima Gigas boleh turut menghuni Tasik Kenyir sedangkan hidupan itu sebelum ini dikatakan hanya mendiami Sungai Amazon di Brazil, Mohd Bidin mendakwa kejadian itu ada sejarahnya yang tersendiri.
Menurutnya, ikan Arapaima Gigas itu dipercayai terlepas dari kolam yang dibina di sebuah chalet berhampiran Tasik Kenyir.
“Ikan itu pada mulanya milik seorang lelaki Cina yang juga pengusaha chalet. Disebabkan ia cepat membesar, pengusaha terbabit melepaskan hidupan itu di dalam sangkar yang dibina berhampiran chalet di Sungai Petuang.
“Malangnya sebanyak empat ekor ikan itu terlepas keluar, tapi seekor mati. Saya difahamkan, ikan ini boleh membawa tuah, ia hanya memakan anak ikan dan tidak menyerang dan mengancam manusia,” katanya.
Mohd Bidin berkata, dalam kejadian terbaru 20 Jun lalu, seorang pekerja sebuah chalet di Sungai Tembat mendakwa ternampak kelibat ikan dipercayai Arapaima Gigas timbul di permukaan air.
Mengesahkan lagi kewujudan ikan Arapaima Gigas di dakam Tasik Kenyir, Mod Bidin membawa wartawan Metro Ahad berjumpa rakannya, Shamsuddin Abd Rahman, 45, yang dikatakan pernah menaikkan ikan gergasi berkenaan yang menyambar umpan pancingnya.
Shamsuddin dari Kampung Tajin, di sini, berkata kejadian berlaku sembilan tahun lalu ketika dia bekerja sebagai buruh projek Lebuhraya Simpang Pulai dan tidak menyangka memperoleh ikan berkenaan secara tidak sengaja.
“Beratnya ketika itu 35 kilogram, manakala panjangnya mencecah dua meter. Ketika itu saya tidak tahu jenis ikan berkenaan kerana tidak pernah melihatnya dan terkejut apabila rakan sekerja memberitahu ia ikan Naga.
“Ikan itu memang cantik dan bentuknya tidak sama dengan ikan lain. Badannya berwarna warni, kepalanya seakan-akan kepala itik manakala ekornya merah.
“Waktu itu saya tidak tahu ikan berkenaan harganya mahal dan menjual dagingnya yang agak liat kepada rakan pada harga antara RM10 hingga RM12 sekilogram, malah ramai bergambar dengannya ketika membawa pulang di Kuala Berang,” kata Shamsuddin.
Menurutnya, selepas berita penemuan ikan berkenaan tersebar luas, dia didatangi seorang lelaki dari Singapura dan menawarkannya RM10,000 untuk membeli ikan berkenaan.
“Saya tepuk dahi ketika itu kerana ikan berkenaan sudah mati dan dagingnya dijual kepada orang ramai. Saya juga tidak tergamak menjamahnya kerana bentuknya pelik seperti naga, sisiknya tebal dan hujungnya seperti muncung itik,” katanya.
Shamsuddin berkata, selepas kejayaannya, ramai kaki pancing mencuba nasib untuk memperoleh ikan itu, namun sehingga kini tiada siapa berjaya menaikkannya.
Dia berkata, jika sengaja mencari sama ada ingin melihat atau menangkap ikan berkenaan, ia sukar ditemui kerana ia sentiasa beralih sungai untuk mencari makanan.
Shamsuddin berkata, selain ikan Naga, keadaan tasiknya yang luas menyebabkan pelbagai hidupan air lain turut dikaitkan dengan misteri itu, antaranya dakwaan wujudnya ikan Tapah gergasi di tasik berkenaan.
Penemuan ikan Tapah gergasi diakui Rosli Sulong, 34, yang pernah bekerja sebagai pemandu rumah bot sejak awal pembukaan tasik itu.
Sama seperti pengalaman dilalui Mohd Bidin, bot dinaikinya diekori seekor Tapah sebesar bot gentian kaca dan ikan itu berpatah balik apabila enjin botnya dimatikan.
Katanya, kejadian berlaku di Sungai Lasir dan mendakwa ikan berkenaan ada di tepian sungai kerana mencari ikan bersaiz kecil dan anak monyet.
Dia berkata, selain mengalami peristiwa itu, beberapa rakannya turut menceritakan kejadian sama tetapi di sungai berlainan.
“Ikan ini tidak mengganggu manusia, ia mungkin tertarik dengan buih hasil putaran kipas bot dan mengekorinya. Namun saya percaya ikan ini memang besar kerana saya pernah melihat kelibatnya,” katanya.
***nota: mcm mane ek Oya .. kat Bera sana ada tak ikan Naga?hehe
Saturday, June 27, 2009
Detik-detik kematian Jacko
Wajah Jacko pada 18 Mei 2009
GAMBAR menunjukkan rumah tempat Jacko pengsan di Beverly Hills, Los Angeles kelmarin.
PEMINAT-PEMINAT Jacko berkumpul selepas mengetahui penyanyi itu meninggal dunia di luar pusat perubatan UCLA, Los Angeles kelmarin.
LOS ANGELES - Seorang anggota paramedik menceritakan detik-detik Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia selepas jantungnya terhenti di rumah yang disewanya di sini kelmarin.
Menurut satu sumber pusat perubatan iaitu tempat Raja Pop itu dihantar bagi memulihkan jantungnya, penyanyi tersebut pengsan selepas diberikan suntikan ubat penahan sakit iaitu Demerol yang sama seperti morfin.
Satu sumber penyanyi itu berkata: "Sejurus selepas mengambil Demerol, dia mula mengalami kesukaran bernafas.
"Pernafasannya beransur-ansur lemah dan perlahan sehingga terhenti."
Beberapa kakitangannya melakukan pernafasan dari mulut ke mulut dan ambulans tiba dalam tempoh lapan minit.
"Namun, dia didapati tidak bernafas dan tiada nadi. Mereka mula melakukan teknik Rususitasi Pulmonari Kardio (CPR) (untuk menghidupkan jantung) dan menghantarnya ke hospital," kata sumber.
"Apabila tiba, mereka (kakitangan pusat perubatan) mula melakukan usaha menghidupkan jantungnya dengan memberikan kejutan pada jantungnya, memasukkan tiub pernafasan serta lain-lain langkah sokongan dan cuba menyelamatkan nyawanya.
"Dia tidak pernah sedar semula. Keluarganya kemudian diberitahu dia sudah meninggal dunia," tambah sumber itu.
Bagaimanapun punca sebenar kematiannya masih belum diketahui sehingga satu bedah siasat dilakukan.
Michael yang terkenal dengan nama jolokan Jacko disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (5.26 pagi semalam waktu Malaysia).
Anggota-anggota paramedik bergegas pergi ke rumah Jacko selepas menerima panggilan telefon kecemasan daripada salah seorang pembantu rumah itu.
Skrin komputer yang merakamkan panggilan anggota paramedik menyatakan: "Lelaki berumur 50 tahun tidak lagi bernafas pada keseluruhannya."
Waktu panggilan itu dicatatkan ialah 12.21 tengah hari waktu tempatan.
Menurut kenyataan Pusat Perubatan UCLA yang disiarkan kelmarin: "Legenda Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia pada Khamis 25 Jun 2009 pada pukul 2.26 waktu tempatan. Dia dipercayai menderita kerana jantungnya terhenti di rumahnya.
"Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya masih belum diketahui sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
"Doktor peribadinya berada bersamanya ketika itu dan cuba untuk memulihkannya termasuk anggota paramedik yang menghantarnya ke Pusat Perubatan Ronald Reagan UCLA.
"Satu pasukan doktor termasuk pakar perubatan dan kardiologi cuba untuk memulihkannya bagi satu tempoh masa lebih sejam tetapi tidak berjaya."
Sebelum pengumuman itu, ibu Jacko, Katherine bergegas ke pusat perubatan itu manakala bapanya, Joe berada di Las Vegas dan diberitahu mengenai berita kematiannya.
Seorang doktor memberitahu saudara mara Raja Pop dan pembantunya bahawa semua usaha untuk menghidupkan semula jantungnya gagal.
Adik Jacko, La Toya dilihat berlari ke hospital dan menangis selepas abangnya diumumkan meninggal dunia.
Rakan karib Raja Pop, aktres Elizabeth Taylor turut bergegas ke pusat perubatan itu untuk memberikannya penghormatan terakhir. - Agensi
Pemergian Jacko diratapi
Jackson, 50, disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (5.26 pagi waktu Malaysia), selepas jantungnya gagal berfungsi.
Raja Pop itu dilapor tidak sedarkan diri di rumah mewah yang disewanya
di Holmby Hills, di sini, sebelum dikejarkan ke sebuah hospital oleh sepasukan paramedik.
Jurucakap Pejabat Koroner Wilayah Los Angeles, Leftenan Fred Corral berkata, proses bedah siasat ke atas mayat Jackson akan dijalankan hari ini bagi mengetahui punca kematiannya.
Biarpun terkenal kerana keunggulannya dalam legasi muzik sepanjang karier selama empat dekad, kehidupan selebriti itu turut dicemari dengan kelakuan pelik serta skandal seks yang mengaitkannya dengan pencabulan ke atas kanak- kanak.
Beliau menggemparkan dunia pada 2002 apabila dirakam sedang menghayunkan bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan di sebuah balkoni hotel di Berlin.
Pada 2003, beliau dituduh mencabul kehormatan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun di Belanda, namun pendakwaan itu digugurkan dua tahun kemudian.
Kehidupannya turut dibayangi masalah kewangan pada 2006, membuatkan beliau terpaksa melepaskan hak ke atas rumahnya di ladang ternak Neverland dengan keluasan 1,052 hektar, selain terpaksa memberhentikan kebanyakan pekerjanya selepas bersetuju membayar beribu-ribu dolar bagi mengelakkan tuntutan mahkamah oleh pegawai buruh negeri.
Jackson pernah berkahwin dengan Lisa Marie Presley, anak kepada ikon rock n roll, Elvis Presley pada 1994, namun bercerai pada 1996.
Jodohnya dengan seorang jururawat, Debbie Rowe, 37, juga hanya bertahan hampir tiga tahun apabila mereka bercerai pada Oktober 1999. Bersama Rowe, beliau dikurniakan dua anak lelaki, Prince Michael dan Paris Michael Katherine.
Pada 2001, beliau dikurniakan anak ketiga, Prince Michael II, daripada seorang ibu tumpang.
Kematian Jackson itu berlaku ketika penyanyi itu merancang membuat kemunculan semula dalam satu konsert siri jelajah di London bermula 13 Julai depan, yang juga persembahan pertamanya selepas lebih 10 tahun.
Jackson mencapai kemuncak kariernya pada tahun 1980-an, apabila muncul sebagai penghibur serba boleh, selain menjadi faktor kepada penyatuan masyarakat kulit hitam dan putih, sekali gus memecahkan jurang antara dua kaum itu di MTV.
Album ‘Thriller’ pada tahun 1982 yang memuatkan lagu hit ‘Beat It’, ‘Billie Jean’ dan ‘Thriller’, muncul sebagai album terlaris sepanjang zaman dengan penjualan sebanyak 50 juta salinan di seluruh dunia.
Jackson pernah datang untuk menghiburkan peminat di Malaysia dalam siri jelajah HIStory World Tour di Stadium Merdeka pada 27 Oktober 1996 dan 29 Oktober 1996, yang berjaya mengutip RM1.2 juta hasil jualan tiket.
Konsert yang berlangsung selama dua jam 15 minit itu dibanjiri lebih 80,000 peminatnya dengan dendangan lagu Scream, They Don‘t Care About Us, Wanna Be Starting Something, Stranger In Moscow dan Smooth Criminal dengan gimik berbeza pada setiap lagu.
Walau apapun, Jackson yang mula membuat penampilan di dunia hiburan melalui kumpulan Jackson Five tetap menjadi ikon bukan sahaja dalam dunia muzik tetapi juga dalam menyatukan kulit putih dan kulit hitam melalui ‘muzik’ – Agensi
6 Ciri-ciri Orang Yang Merasa Gagal Dalam Hidup
Banyak orang merasa hidupnya selalu dirundung kegagalan. Kegagalan dalam hidup berarti seseorang selalu merasa gagal dalam mencapai segala sesuatu. Padahal, sebenarya kegagalan itu tidak ada, selama Anda terus berjuang dan mencari cara yang lebih baik untuk mencapai kesuksesan. Kegagalan merupakan sebuah kesalahan hidup yang dilakukan manusia itu sendiri.
Sebuah kesuksesan hanya bisa diraih jika kita mau mendapatkannya. Keinginan kita sendirlah yang akan membawa kita sukses dalam hidup. Bukankah Tuhan tidak akan mengubah nasib seorang manusia, selama manusia itu sendiri tidak mengubahnya sendiri. Jadi, kesuksesan dan kegagalan adalah hak kita untuk menentukan. Adalah milik kita sendiri untuk kita pilih. Tuhan telah menyerahkannya kepada kita. Tinggal kita yang harus bisa benusaha untuk mencapai kesuksesan dan menjauhi segala kegagalan dalam hidup. Tanda-tanda bahwa seseorang itu mengalami kegagalan berpusat pada sifat-sifat sebagai berikut :
Tidak mempunyai tujuan hidup yang jelas.
Jika demikian maka hidup Anda tidak terencana dengan balk. Anda tidak tahu harus melakukan apa untuk mengarungi kehidupan ini, karena itu Anda akan bingung dan tidak tahu akan melangkah kemana.Selalu pesimis dalam menatap masa depan.
Jika Anda pesimis maka Anda adalah orang yang selalu minder dengan kehidupan, dengan keahlian, dan dengan segala apa yang ada dalam diri Anda. Anda tidak percaya dengan kemampuan diri. Oleh karena itu Anda merasa gagal dan gagal terus dalam hidup.Selalu menunda pekerjaan.
Orang yang gagal adalah orang yang selalu menunda pekerjaan. Menunda pekerjaan berarti telah menghilangkan satu langkah menuju sukses !!.Selalu mengeluh.
Jika Anda sering mengeluh, maka anda adalah orang yang selalu tidak puas dengan keadaan. Anda adalah orang yang sering menghindar dan pekerjaan dan tanggung jawab. Anda berarti orang yang malas untuk melakukan sesuatu. Pekerjaan anda hanya meratapi nasib dan tidak ada keinginan untuk maju dan memperbaiki nasib.Bekerja tapi tidak dengan pikiran tapi dengan kekuatan.
Jika anda bekerja hanya mengandalkan kekuatan, maka anda akan selalu kalah dengan orang yang bekerja menggunakan pikiran. Dalam hal ini efisiensi dan efektivitas bekerja menjadi sesuatu yang sangat penting.Tidak mempunyai kemauan.
Jika anda hanya bentopang dagu saja tanpa ada usaha untuk memperbaiki nasib, maka anda adalah orang yang selalu menuai kegagalan dalam hidup. Mana mungkin bisa maju, sedangkan anda tidak memiliki hasrat untuk maju. Maka terhimpitlah Anda dalam kisaran paling dasar dari roda kehidupan.
Sifat-sifat itu merupakan sifat paling mendasar akan munculnya kegagagalan hidup anda. Jika Anda hidup selalu merasa gagal maka hakikatnya hidup Anda tidak berarti, oleh karena itu mari kita bangkit dari ciri-ciri orang yang gagal seperti diatas, mari kita bangun semangat untuk mencapai kesuksesan dan mengubah hidup menjadi lebih baik.
TIPS DALAM BEKERJA
Orang bilang, majikan baru percaya pada anda setelah anda mampu mengerjakan pekerjaan yang diberikan kepada anda, meski pekerjaan itu kecil dan remeh. Tapi itu modal dasar untuk meraih kepercayaannya dan investasi untuk menuju puncak
2. Belajar selama bekerja
Selama bekerja, anda harus banyak belajar dari bidang anda. Pengetahuan dan pengalaman adalah investasi jangka panjang. Jangan sampai setelah anda bekerja lama, anda tidak tahu apa-apa. Anda harus banyak bertanya pada orang yang lebih berpengalaman dan mempunyai pengalaman luas. Saya sarankan anda bergabung dengan komunitas / kelompok / club/ forum dimana anda dapat mengembangkan diri (lihat kebawa : contoh club/forum yang bisa anda ikuti).
3. Pindahlah bila karier anda mentok
Angka 3 atau 4 tahun adalah angka dimana biasanya karir sesorang naik 1 atau 2 tingkat. Lebih dari itu berarti ada yang tidak beres dengan perusahaan. Karir bisa dibagi menjadi pangkat, jabatan dan golongan
4. Bila anda bosan dan ingin pindah kerja, maka bertahanlah minimal 2 tahun
Angka 2 tahun adalah angka minimal, anda akan dianggap berpengalaman bila mempunyai pengalaman kerja minimal 2 atau
3 tahun, dibawa angka itu anda dianggap belum berpengalaman.
Yang terpenting dari semua itu, anda harus menciptakan nilai tambah bagi diri sendiri atau orang lain shg impian anda akan cepat terwujud. Semakin banyak anda memberi maka semakin banyak pula anda menerima.
Kenapak Nak Malu Cakap Bahasa Sendiri?
Ini isu yang sering kita dengar...kadang-kadang buat buat tak dengar..kenapa perlu malu berbahasa sendiri...memang kita akui Bahasa Malaysia adalah bahasa pengantara yang sering kita gunakan bila kita berbual atau berbicara di mana jua berada...kecuali kalau jumpa mat salleh kita akan gunakan bahasa mereka iaitu Bahasa Inggeris...melainkan memang mereka boleh berbahasa Melayu... macam saudara Pochin Abdullah, rakan di Rentak 50 dan ramai lagi sahabat aku yang berasal dari luar negara tapi mampu berbahasa Malaysia...
Mengenai bahasa Orang Asli.. yup aku akui ada 18 suku kaum di Semenanjung Malaysia...Siaran Radio Malaysia ASYIKfm ada empat bahasa yang digunakan sekarang iaitu mengikut jumlah kepadatan penduduk, ada yang keliru, mereka kata Orang Kita (Orang Asli ) sama macam Sabah dan Sarawak, bagi aku tak sama...mungkin tafsiran sesetengah pihak menganggap kita sama macam Sabah dan Sarawak?bagi aku tak sama , ada sebab mengapa aku tolak tafsiran nie..
Orang Kita di Semenanjung sahaja,memang ada banyak Orang Asli , Orang Asal...dan yang terbaru sebut Orang Kita...sebab mereka agak lembut sikit bahasa nie.. aku no komen la ...sebab Orang Asli seluruh dunia ada...sebab itu Orang Asli atau Orang Asal ada Hari Khas disebut Hari Orang Asal...ok la tue yer tak...
So bab bahasa, ada yang tak nak berbahasa Orang Asli, alasan mereka, tak tahu nak cakap bahasa Orang Asli, alahai... malu la aku...tak akan sikit pun tak boleh?kita belajar la bahasa kawan-kawan kita,kita ajuk-ajuk , lama lama boleh...mesti boleh
Dalam keluarga pun memainkan peranan jugak, sebab dari budak banyak masa kita akan bersama mak kita yer tak?jarang kita bersama ayah kita, sebab ayah kita masing masing dok sibuk nak bagi makan kita , dok sibuk nak menyara keluarga, bila kat umah, kita ikut la cakap mak kita, kalau mak kita berbahasa Temuan, maka Temuan la anak itu.. kalau mak kita itu Semelai, maka Semelai la kita, dan kalau sebaliknya pun sama..
Tapi yang agak mendukacitakan aku la kan... bila bahasa kat umah pun bahasa Malaysia.. sebab mak dia tak nak cakap bahasa sendiri, takut anak tak faham, jangan gitu...la...Jati diri sebagai Orang Kita kena kekalkanlah walau kita dimana sahaja..sebab kalau dah jadi buluh payah nak lentur...nyap gitu mamak .. hahahaha..
Banyak orang pertikai, mereka kata Orang Kita ngan mereka sama je, takde beza.. bagi aku tak betul.. sebab kita ada bahasa kita, kita ada budaya kita, kita ada kelainan kita, kenapa harus kita sama macam mereka?tak betul, yang jadi sama sebab... bahasalah... Bahasa Orang Kita dah pupus beb.. alahai rugi bangsa Orang Kita kalau tak pertahankan Bahasa Orang Asal.. rugi -rugi...
Kenapa harus malu berbahasa sendiri?itulah persoalannya sekarang dan menjadi isu yang nak aku utarakan...bila aku bertugas kat konti.. aku tanya pendengar dari mana, dari sekian sekian kampung dan asal, ORANG KITA BEB... tapi bila suruh berbahasa sendiri mereka MALU...tak nak la abg Deejay, MALU LA...alahai kesian la aku dengar...
Kenapa ye jadi begitu, kerana Bahasa kita kalau tak dikekalkan.. lama lama akan pupus.....
Jadi...pengiat-pengiat muzik ORANG KITA ayuh budayakan,hasilkan, ciptakan lagu dalam Bahasa ORANG KITA, tak kanlah Lagu Hindustan kita leh bawak, lagu ORANG KITA alahai tak akan tak boleh kan.. mesti boleh...
Ada juga respon yang kata, kenapa Deejay tak main lagu ORANG ASLI atau lagu ORANG KITA di Radio Malaysia ASYIKfm?...aku main lagu-lagu budak kita...cuma aku terkilan la sebab lagu dalam Bahasa ORANG KITA amat kurang... mungkin susah nak terjemah dari Bahasa Malaysia ke Bahasa ORANG KITA...bagi aku tak susah...kalau kena caranya mesti jadi...tapi kalau banyak alasan...SUSAHLAH... hahahahahaha
Sebab alasan itulah sering dijadikan senjata untuk mengelak sesuatu isu maka timbullah alasan...hahahahaha..
Bukan aku nak kondem pendengar Radio Malaysia ASYIKfm...mereka
semua bijak-bijak.. pendengar radio sekarang tak macam dulu, semua dah boleh menilai dan sudah pandai buat keputusan....sebab pendengar selalunya betul-betul belaka...yang tersasul, yang melatah biasanya Deejay yang bertugas la.. apa nak buat... alahai lari tajuk la ..hahahaha apa la Noriman nie...
Apapun,agendanya sekarang bahasa ORANG KITA merupakan identiti yang harus kita jaga dan biarlah sampai bila-bila orang akan tahu itu Bahasa Orang Asli/Orang Kita...jangan kita pupuskan bahasa ini.. kesian anak cucu kita nanti yang akan hilang Jati diri sebagai ORANG KITA....maka takdelah LAIN DARI YANG LAIN....
Thursday, June 25, 2009
Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Padang TNB Kuala Woh Tapah Pada 16 Mei 2009
Amran....mula mula ko tanye YB tue... berapa lama dia jadi YB?pas tue tanya dia,...bla bla bla .. lepas tue.. bla bla bla... bla bla bla... bla bla bla... blah lah.... hahahahahaha
Wednesday, June 24, 2009
Ketawa demi kesihatan. Kata orang, gelak ketawa itu adalah penawar yang paling mujarab. Gelak ketawa itu juga adalah cara yang baik untuk mendorong diri anda berasa bahagia. Gelak ketawa adalah baik untuk kesihatan kerana gelak ketawa itu mengurangkan tekanan mental dan menggerakkan kesemua organ dalaman anda. Penggunaan gelak ketawa untuk menyembuhkan tercatat sejak zaman Greece kuno lagi. Pada 1991, Klinik Ketawa pertama ditubuhkan di Britan. Jika kita merentas dunia, puak di Afrika dan di hutan khatulistiwa di Amerika Selatan menggunakan gelak ketawa sebagai alat untuk menyembuhkan.
Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa gelak ketawa mencetuskan pengeluaran dua bahan kimia neuropeptida yang dinamakan endorfin dan enkefalin. Kedua-dua bahan kimia itu dikenali sebagai ubat penghilang kesakitan semula jadi badan. Gelak ketawa juga boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan katekolamin bersama dengan adrenalin dan bukan-adrenalin, dipercayai mempercepatkan proses penyembuhan.
Jadi bagaimana boleh menimbulkan gelak ketawa dalam diri anda? Gelak ketawa lazimnya satu tindakan refleks kepada sesuatu yang menggelikan kita secara fizikal atau mental. Dapatkah tindak balas itu dicetuskan secara sengaja? Jawapannya, 'boleh'. Untuk menimbulkan keadaan fikiran yang sesuai untuk bergelak ketawa, cuba baca sebuah komik atau buku yang lucu, menonton suatu komedi atau hanya memerhatikan telatah haiwan kesayangan anda. Haiwan kesayangan tidak pernah gagal menghiburkan hati, daripada anak haiwan yang mengejar ekornya sehinggalah argus yang tidak pernah penat berlari dalam rodanya. Dengan keluar bersama kawan untuk berseronok anda dapat menggandakan terapi itu. Anda bukan saja akan mendapat penawar gelak ketawa yang disyorkan malah anda juga berpeluang bergembira dengan orang yang anda suka. Sebagaimana yang didapati oleh kajian Finland itu, anda akan lebih sihat daripada interaksi sosial berkenaan.
Apa yang penting untuk diingati ialah supaya tidak bersikap terlalu serius mengenai diri anda, setidak-tidaknya janganlah terlalu kerap. Apabila anda bersikap demikian, anda berkecenderungan berasa tegang, menjadi cepat marah dan menjauhkan orang. Jadi terimalah nasihat supaya jangan terlalu serius, bergelak ketawa selalu dan belajar untuk mengetawakan diri sendiri supaya dapat mengecapi hidup yang lebih sihat.
Tuesday, June 23, 2009
Gaya Komunikasi Yang Menggugat Persahabatan
Melabel/memberi gelaran, "Awak tu memang bodoh dan lembab. Siapa tak tahu?"
Membuat kesimpulan awal, "Awak memang tidak suka berkawan dengan saya!"
Mengarah, "Awak mesti ikut saya ke kedai itu..,"
Mengancam, "Kalau awak tidak mahu meminjamkan saya buku nota awak, saya akan..."
Menyoal-siasat, "Awak pergi ke mana?""Dengan siapa awak pergi!""Apakah yang awak buat dengan dia?"
Memperkecil-kecilkan, "Macam tu pun awak dah anggap masalah... itu perkara kecil saja!"
Menyimpang daripada tajuk perbualan, "Ah! lupakan saja hal itu. Petang esok awak free?"
Bertengkar, "Sebenarnya, cara awak tu salah! Bagi saya..."
Demikian antara beberapa gaya komunikasi yang boleh menggugat tali persahabatan, jika diamalkan selalu. Seseorang sahabat berkawan dengan kita kerana ingin berkongsi perasaan dengan kita; bukan sekadar menjadi "Pak Turut" kemahuan kita. :)
Monday, June 22, 2009
Saya tak tipu
S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, 59, berkata Sharifah Aini sepatutnya berfikir terlebih dulu sebelum membuat tuduhan melulu termasuk membuktikan dia menyiapkan rakaman 16 lagu untuk album terbaru penyanyi itu menggunakan program komputer, bukan secara langsung.
“Melalui media, dia mendakwa sudah merujuk susunan muzik dalam master tape kepada 20 komposer. Jadi saya cabar dia panggil komposer berkenaan, seorangpun cukup untuk berjumpa saya untuk memastikan dia seorang profesional supaya kita boleh sama-sama tentukan sama ada saya yang menipu atau dia yang bermasalah,” katanya ketika ditemui di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, semalam.
Anak kelahiran Geylang, Singapura, itu sebaliknya mendakwa dia menanggung kerugian dalam pembikinan album itu kerana sebahagian besar daripada RM83,000 itu digunakan untuk membiayai kos pemain muzik dan studio.
“Sebanyak RM24,000 digunakan untuk membiayai kos enam pemain peralatan muzik bertali (string), RM1,000 (seruling), RM3,200 (gitar), RM3,200 (dram), RM3,200 (bass), RM3,200 (piano), RM3,200 (pads), RM6,400 (dua pemain gendang), RM4,800 (akordian), RM16,000 (penyusun untuk 16 lagu) dan RM11,000 untuk studio.
“Jumlah keseluruhan perbelanjaan RM79,200 dan bakinya hanya RM3,800. Jadi, mana duit saya sebagai penerbit yang sepatutnya mendapat RM16,000,” katanya.
S Atan berkata dia sedar mengenai kerugian itu ketika perbincangan kos album diadakan, tetapi disebabkan menghargai rakan lama, dia menerima tawaran itu.
“Jadi pembayaran kepada saya sebagai penerbit tidak dikira dan bermakna satu lagu hanya RM5,187.50 sedangkan untuk menghasilkan satu lagu dengan persembahan secara langsung antara RM8,000 hingga RM9,000. Jadi apalah sangat RM83,000 itu,” katanya.
S Atan berkata, cukuplah hanya dia difitnah Sharifah Aini kononnya memprogramkan muzik album itu, tetapi mempersoalkan kenapa menambah tuduhan kononnya dia menipu beberapa artis lain serta syarikat rakaman.
“Sejak 40 tahun menceburi bidang ini, saya tak pernah menipu sesiapa, tanya mana-mana pihak dalam bidang ini.
“Dia (Sharifah Aini) juga mengeluarkan kata-kata sinis mengenai pendapatan saya dan cara saya mencari rezeki untuk keluarga. Kenapa mahu kaitkan keluarga saya sedangkan perbalahan ini antara saya dan dia.
“Muzik saya rakam secara langsung, tapi dia dakwa saya programkan, jadi sia-sia pengalaman 40 tahun dalam bidang muzik sedangkan dia tak tahu membezakan mana satu muzik program, mana yang ‘live’,” katanya.
Penulis lirik, penerbit dan pemuzik yang sering menjadi pilihan penyanyi ternama itu mendakwa perbalahan mereka tercetus kerana susunan muzik lagu Seri Kedah dan Seri Siantan untuk dimedleykan.
“Saya menyusun muzik lagu itu dan menetapkan tempohnya empat minit 30 saat, tapi dia mahu lebih daripada lapan minit. Walaupun tak setuju, saya turutkan juga dan menyiapkan lagu berkenaan.
“Selepas semua urusan muzik lengkap, dia tak mahu lagi bekerjasama dengan saya dan meminta orang tengah menghubungi saya untuk membenarkan pihak studio menyerahkan kerja saya...saya ikut kemahuannya,” katanya.
S Atan berkata, sepatutnya sebaik selesai urusan muzik, peringkat seterusnya adalah vokal, tetapi Sharifah Aini mengarahkannya berhenti setakat itu saja.
“Saya ada dengar dia mahu bawa muzik itu untuk ‘mix’ di Australia dan saya fikir mungkin itu yang dilakukan kerana senyap selama dua tahun, tapi sekarang timbul macam-macam dakwaan daripadanya,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah, 55, memberi kata dua kepada S Atan supaya memulangkan wang RM83,000 sebelum 30 Jun ini berhubung isu itu.
***komen...ape nak buat.. duit punye hal.. mcm nie la jadinye...hehe..kan Oya ...
Friday, June 19, 2009
Loudness
Oya.. ko suka tak lagu nie.. hehe video aku bikin pakai movie maker.. nasib baik PC aku power.. hehehe
Wednesday, June 17, 2009
Penjawat awam dilarang guna modem untuk capaian terus Internet
KUALA LUMPUR 16 Jun — Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Garis panduan itu yang dikeluarkan pada 2003, adalah sebagai panduan kepada penjawat awam dalam penggunaan Internet, kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Aktiviti lain yang melanggar tatacara pengguna Internet di pejabat kerajaan termasuk menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain, katanya. Penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara online seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan ’chatting’ melalui internet, menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.
Najib berkata kerajaan juga telah menyekat beberapa laman web dan blog yang berunsur lucah serta berunsur hasutan manakala beberapa laman web dan blog yang sedang dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi masih belum dikenakan tindakan larangan melayari.
Beliau berkata sehingga kini sembilan orang telah dikenakan tindakan iaitu lapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan satu oleh PDRM.
Dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Najib berkata Bank Negara Malaysia sentiasa memantau pematuhan garis panduan kepada pengeluar kad kredit.
“Sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, BNM berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat kad kredit terbabit di bawah kuasa yang termaktub di dalam Akta Sistem Pembayaran 2003 selepas kajian menyeluruh dilakukan ke atas ketidakpatuhan tersebut dan jenis tindakan yang diambil bergantung kepada tahap ketidakpatuhan,” katanya.
— BERNAMA
Tuesday, June 16, 2009
Bila Nak Kaya Macam Diaorang Nie.. hehe
KUALA LUMPUR: Nilai kekayaan terkumpul 40 individu paling kaya di Malaysia tahun ini ialah AS$46 bilion (kira-kira RM150 bilion), meningkat AS$3 bilion (kira-kira RM9.8 bilion) daripada tahun lalu.
Mengikut laporan terbaru majalah Forbes Asia, bilangan rakyat negara ini yang memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion juga meningkat kepada 10 daripada sembilan tahun lalu.
Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di negara ini dengan nilai kekayaan AS$10 bilion.
'Raja Gula' berusia 84 tahun itu meningkatkan nilai kekayaannya sebanyak AS$2.4 bilion tahun ini, menerusi pemilikan dalam pelbagai bidang perniagaan, seperti hartanah di Hong Kong, media dan paling utama penguasaannya dalam gergasi minyak sawit, Wilmar International.
Ini diikuti oleh Ananda Krishnan yang menguasai Maxis Communications Bhd dengan nilai kekayaan AS$7.2 bilion, merosot AS$200 juta daripada tahun lalu.
Pengerusi Eksekutif IOI Group, Tan Sri Lee Shin Cheng pula menduduki tangga ketiga daripada keempat tahun lalu dengan nilai kekayaannya meningkat AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion.
Pendatang baru dalam senarai rakyat negara ini memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion ialah Tan Sri Vincent Tan, dengan kekayaannya meningkat hampir AS$1 bilion kepada AS$1.3 bilion apabila harga saham Berjaya Corp yang dikuasainya melonjak hampir tiga kali ganda dalam tempoh 12 bulan lalu.
Sementara itu, lapan ahli perniagaan Melayu turut berada dalam senarai '40 Paling Kaya di Malaysia', didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary. Beliau berada di tempat kelapan senarai itu dengan nilai kekayaan AS$1.8 bilion.
Individu Melayu lain yang berada dalam senarai itu ialah Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah (AS$150 juta, tempat ke-35) yang mempunyai pegangan saham ketara dalam Gamuda Bhd dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak (AS$100 juta, tempat ke-40).
Forbes Asia dalam kenyataan dikeluarkan semalam berkata, pengiraan nilai kekayaan individu itu dibuat berdasarkan harga saham syarikat yang dikuasai dan kadar pertukaran mata wang daripada 9 Mei lalu.
Bagi pemilikan aset yang tidak disenaraikan pula, ia menggunakan maklumat daripada firma biro kredit BRIS Information Services Sdn Bhd (BRIS) dan sumber lain untuk membuat anggaran nilainya jika aset itu disenaraikan di Bursa Malaysia.
SUMBER : BERITA HARIAN 23 MEI 2008
Tanda-tanda kiamat kecil
Antara tanda-tanda kiamat kecil berdasarkan hadis:
* Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
* Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
* Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
* Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
* Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui
yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
* Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua
orang mulia" - Riwayat Thabrani
* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
* Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman
Mimpi sedang melihat keindahan alam.
Alamat anda harus segera mengganti cara keras atau usaha jikalau ingin akan
kepuasan.
Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan. Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.
Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan.
Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan.
Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
Thursday, June 11, 2009
Kualiti udara negara merosot
KUALA LUMPUR 10 Jun 2009 - Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara pada masa ini merosot dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) direkodkan antara 51 hingga 100.
Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan perlu menyelenggara kenderaan masing-masing untuk mengurangkan pelepasan asap hitam.
Tambahnya, pihak industri juga digesa memastikan pelepasan benda asing daripada proses pengeluaran mematuhi piawaian alam sekitar yang telah ditetapkan.
JAS dalam kenyataannya di sini hari ini memberitahu, 32 kawasan berada pada tahap sederhana manakala 17 lagi berada pada tahap baik.
Menurutnya, penilaian itu direkodkan dari 51 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara pada pukul 11 pagi hari ini.
"Sehingga kini Pusat Meteorologi ASEAN (ASMC) mengesan 16 titik panas di Sarawak dan tujuh titik panas di Sabah.
"Titik-titik panas ini menunjukkan berlakunya kebakaran yang boleh menyumbang kepada kejadian jerebu terutamanya ketika musim cuaca panas dan kering, pelepasan asap dan habuk dari kenderaan bermotor dan industri," ujarnya.
Dalam pada itu, JAS memberitahu, ia sedang meningkatkan aktiviti rondaan udara dan darat bagi tujuan pemantauan, pencegahan dan pengesanan awal aktiviti pembakaran terbuka terutama terhadap kawasan yang telah dikenal pasti sebagai mudah terbakar.
JAS turut mempertingkatkan penguatkuasaan bagi mengawal aktiviti pelepasan asap dan gas dari kenderaan bermotor dan habuk industri bagi mengawal masalah pencemaran udara negara.
Thursday, June 4, 2009
DJ Aifm mendendangkan lagu Melody..nyanyian asal Sheila Majid dan Lin Yu Zhong
Iera dan Shahrani berduet mendendangkan lagu Seiring dan Sejalan ...dasyat meke nie
Azura Muzikfm dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang.. Original key F Minor
Mr Radha dengan lagu Quando Quando... dasyat gak Mr Radha nie...
Wednesday, June 3, 2009
Kawal Marah Sebelum Ia Memakan Diri.
Rasa marah ni boleh disebabkan oleh perihal dalaman dan luaran. Biasanya ia melibatkan perubahan fisiologikal dan biologikal seseorang ketika marah, tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga, adrenalin dan noradrenaline. Jadi anda ingin hidup dengan lebih gembira dan sihat, kawal kemarahan anda sebaiknya.
Bertenang
Tarik nafas dalam-dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu anda menenangkan diri. Jika perlu, dapatkan bantuan profesional atau beli buku-buku berkaitan teknik menenangkan fikiran.
Ambil nafas dalam-dalam (dari bahagian diafragma). Jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda. Bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati'. Ulanginya dalam diri anda sendiri sambil mengambil nafas yang dalam.
Gunakan daya imaginasi anda untuk membayangkan suasana yang menenangkan, tidak kiralah sama ada ia hanya imaginasi ataupun dan kenangan lama. Lakukan latihan ala-ala yoga yang boleh menenangkan otot-otot anda dan menenangkan perasaan.
Susun semula pemikiran
...Ingatkan diri anda; marah tidak dapat menyelesaikan masalah....
Ringkasnya di sini, teknik ini bermaksud anda perlu mengubah cara pemikiran. Kebiasaannya seseorang yang sedang marah akan menghamburkan kata-kata cacat maki, menyumpah-nyumpah atau bertindak keterlaluan. Pendek kata, pemikirannya akan berubah serta-merta. Jadi, setiap kali berasa marah, cuba tukarkan perkara-perkara tensebut dengan sesuatu yang lebih rasional. Contohnya, katakan pada diri anda; 'Ia sungguh mengecewakan', 'ia memang teruk', 'segalanya sudah musnah' dan 'saya faham yang saya sangat sedih kerananya, tapi ia bukan bermakna harapan tidak lagi ada dan marah bukanlah jalan penyelesaiannya'.
Berhati-hati dengan kata-kata 'tidak mungkin' atau 'selalu' ketika bercakap tentang diri anda dan orang lain. Contohnya, 'mesti ni tak pernah boleh digunakan' ATAU 'awak ni selalu lupa benda-benda penting'. Ini kerana ayat-ayat begini akan membuatkan anda atau orang lain rasa patah semangat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ketika itu. Ingatkan diri anda; marah tidak dapat menyelesaikan masalah.
Selesaikan masalah
Kadangkala kemarahan atau kekecewaan itu timbul kerana beberapa masalah dalam hidup. Tapi bak kata orang, setiap masalah ada penyelesaiannya:
-Rangka perancangan anda.
-Jangan lupa semak perkembangannya.
-Selesaikan masalah dengan cara yang paling baik tapi jangan terlalu menyalahkan diri sendiri jika anda tidak dapat memenuhi perancangan anda.
-Berusaha sebaik mungkin akan mengurangkan tekanan anda, walaupun ia mungkin tidak selesai serta-merta.
Komunikasi yang baik
Kebiasaannya orang yang sedang marah terlalu cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu dan ia boleh jadi tidak tepat. Jika anda menghadapi satu perbincangan hangat yang mungkin mencetuskan kemarahan, anda patut bawa bentenang dan fikirkan sebaik-baiknya terlebih dahulu. Usah suarakan perkara pertama yang terlintas di fikiran serta-merta tanpa berfikir.
Jadilah seorang pendengar yang baik - terutamanya pada perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemarahan. Jika anda dikritik, jangan melawan. Banyakkan mendengar dari pihak tersebut. Kekalkan ketenangan dalam diri anda bagi mengelakkan keadaan jadi lebih buruk.
Bertukar angin
Kadangkala, suasana sekeliling membuatkan kita rasa tertekan. Masalah tanggungjawab yang banyak pula amat membebankan dan semua ini membuatkan anda manah. Jadi anda haruslah membuka ruang pada diri sendiri. Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda suka seperti bercuti dan sebagainya untuk memperbaharui mood anda.
Mencari alternatif
Jika sesuatu perkara itu sudah dijangkakan menimbulkan kemarahan, anda harus bijak mencari alternatif untuk mengelakkan dari berdepan dengan masalah itu. Sebagai contoh, jika kesesakan jalan raya sering menyebabkan anda marah, gunakan pengangkutan lain sepenti komuter, LRT dan sebagainya untuk ke pejabat.Marahlah secara sihatKemarahan adalah emosi normal manusia. Dengan itu, harus diberi perhatian bahawa emosi yang satu ini juga penting untuk kita terus hidup dan untuk mempertahankan diri. Marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan atau kata-kata kesat. Tapi usah memendamnya kerana kemarahan yang tidak diluahkan akan memberi kesan negatif terhadap seorang individu itu.
*Bertenanglah selalu dalam setiap perkara dan perbuatan yang kita lakukan