KUALA LUMPUR 20 Ogos – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu ini, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung di TV1 malam ini.
Sementara itu di JAKARTA, umat Islam di Indonesia juga akan berpuasa mulai Sabtu berikutan penetapan tarikh 1 Ramadan oleh Kementerian Agama republik itu jatuh pada 22 Ogos.
Ini berikutan anak bulan yang diteliti tidak kelihatan di lapan tempat melihat anak bulan di seluruh Indonesia.
Bagaimanapun, segelintir umat Islam di Indonesia dilaporkan telahpun memulai puasa hari ini, iaitu dari kelompok Jamaah An-Nadzir di Kampung Mawang, Gowa, Sulawesi Selatan.
Sebuah laman web berita tempatan melaporkan pemimpin kumpulan itu, Ustaz Lukman berkata, mereka yakin 1 Ramadan jatuh pada hari ini. – Bernama
No comments:
Post a Comment