Sunday, November 30, 2008

Banjir kat sungai kampung aku




Banjir kat kampung aku semalam 29 Nov...2008
air naik di luar dugaan...yerlakan asyik asyik asyik....hujan je...
hari nie duty konti and berita 30 November 2008....
sampai malam...patut ari minggu duduk umah...hari minggu pun kena keje beb ....

Friday, November 28, 2008

28 November Penghujung November


Cepat betul ek masa berlalu....dah 28 November 2008..Hari Jumaat....musim hujan...petang je kat KL mesti hujan...so pada semua hati-hati di jalan raya beb.

Sunday, November 23, 2008

Mesyuarat Pemantapan Stesen Untuk 2009







20 November 2008
Mesyuarat dari jam 10.30 pagi sampai 1.30 tghari.. haiyo.. lamanye...
Stesen terlibat ialah ASYIKfm, Muzikfm and Traxxfm...Oh Yeah...
apa nak buat....keje beb

Wednesday, November 19, 2008

Karektor Dalam Keluarga


Dikatakan kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut
mencorakkan personaliti hidup mereka.

Anak Sulung

anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi
tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik
baru. namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa
diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Karektor :

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta
ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* ebih pandai mengambil hati orang tua.
* nilai tanggung jawab yang tinggi.



Anak Tengah

biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. mere ka
lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah
antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain.
seringkali mereka juga teras terpinggir. dalam banyak hal mereka merasakan
diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. sebab
itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. oleh itu, anak
tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa
mengharapkan bantuan orang lain.

Karektor :

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah





Anak Bongsu

mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran
bagaimanakan sikap anak bongsu. mereka sering digambarkan sebagai seorang
yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengiku t kehendak mereka
sahaja. mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup.
sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap
ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. biarpun mereka berjaya namun sikap
ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. mungkin ibu bapa sentiasa
berasakananak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Karektor :

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.





Anak Tunggal

dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang
beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka
satu-satunya anak dalam keluarga. mereka akan menjadi tempat sepenuh
tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. mereka juga tiada
persaingan dari adik-beradik yang lain. dari sudut hubungan bersama ibu
bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kuku h dan erat. mereka
saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Karektor :

* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

***NOTA aku anak sulung beb.....huhu

Banjir???



Johor mula banjir, 268 dipindahkan di Tangkak

TANGKAK: Johor mula dilanda banjir selepas cuaca tidak menentu sejak semalam, dengan hujan disusuli angin kencang berlaku di beberapa kawasan di daerah ini.

Setakat petang ini, 268 orang daripada 58 keluarga di Kampung Sri Maamor, dekat sini, terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan selepas air Sungai Tangkak melimpah ke rumah penduduk berikutan hujan lebat kira-kira dua jam, petang semalam.

Sejarah ASYIKfm

ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 02/01/2007

Asyik FM ‘Lain Dari Yang Lain’

Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

MULAI semalam, stesen radio Asyik FM tampil dengan wajah baru melalui pertambahan waktu siaran yang menjanjikan hiburan menarik dan unik kepada pendengar.

Asyik FM yang dahulunya dikenali sebagai Radio 7 Siaran Orang Asli kini bersiaran selama 14 jam berbanding sembilan jam sejak April 2001.

Menggunakan ungkapan `Lain Dari Yang Lain’, Asyik FM menyajikan banyak pilihan buat pendengar setianya yang melebihi 55,000 orang melalui rangkaian lagu tradisional dan moden Orang Asli selain lagu retro, 60-an dan popular masa kini.

Namun tanpa mengetepikan peranan sebagai stesen penyiaran kerajaan, Asyik FM masih meneruskan tanggungjawabnya menyalurkan dasar dan rancangan kerajaan untuk pendengarnya.

Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Abdul Rahman Hamid berkata: “Asyik FM akan terus memberikan pelbagai input mengenai peluang-peluang membina kemajuan diri.

“Justeru segmen-segmen yang membicarakan pembangunan pertanian teknologi akuakultur dan pendidikan kesihatan moden akan terus disalurkan.

“Saya yakin segmen-segmen seperti itu dapat memberi manfaat kepada pendengar kerana saya difahamkan terdapat Orang Asli yang berubah cara hidupnya daripada seorang petani tradisi kepada petani moden setelah mendengar segmen Pertanian Moden melalui siaran ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran wajah baru Asyik FM di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan untuk Orang Asli sahaja
Abdul Rahman turut menyatakan, RTM menyasarkan peningkatan pendengar sebanyak 50 peratus berdasarkan wajah baru Asyik FM yang mampu menarik perhatian masyarakat Malaysia keseluruhannya.

“Asyik FM bukan hanya untuk masyarakat Orang Asli tetapi semua rakyat Malaysia. Ini kerana stesen ini boleh didengar di mana sahaja menerusi www.rtm.net.my,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bagi yang ingin berkenalan dengan Asyik FM, anda boleh menukar siaran di frekuensi FM91.1, 102.5 dan 105.1 Mhz.

Asyik FM juga dapat didengar di sebahagian besar Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Tengah, Pahang Barat, Johor Timur dan terbaru di kawasan Cameron Highlands.

Menarik tentang Asyik FM ialah semua tenaga kerja termasuk penyampainya seramai 16 orang, penerbit dan penyampai berita terdiri daripada Orang Asli yang mampu bertutur dalam bahasa pribumi dengan baik.

Penyampai radionya pula menggunakan empat dialek bahasa Orang Asli iaitu Semai, Temiar, Jakun dan Temuan selain bahasa Melayu.

Segmen menarik Asyik FM

Salam Yeh Yah - 8.00 pagi - 10.00 pagi

Kecun Kecan - 10.00 pagi - 2.00 petang

Renyah - 2.00 petang - 6.00 petang

Sambil Kakdil Sambil Berpihoi - 6.00 petang - 10.00 malam

Sejarah Asyik FM
* Ditubuhkan pada 1959 dan dikenali sebagai Siaran Orang Asli.

* Ketika itu, siarannya dipancarkan melalui gelombang pendek 49 meter dengan waktu siaran selama 30 minit sebulan sekali. Penyampainya hanya menggunakan dialek Semai dan Temiar.

* Pada tahun 1994 sehingga 2001, stesen ini dikenali sebagai Radio 7 Siaran Orang Asli dengan ungkapan ‘Pilihan Anda’. Mulai 1 April 2001, dua lagi dialek digunakan oleh penyampainya iaitu Jakun dan Temuan.

* Sempena penjenamaan semula RTM pada 1 April 2005, Radio 7 Siaran Orang Asli ditukar dengan nama baru iaitu Asyik FM dengan ungkapan ‘Lain Dari Yang Lain’.

Perkembangan siaran Asyik FM
1959 - 30 minit (tempoh siaran)

1961 - 1 jam

1973 - 2 jam

1994 - 4 jam

1997 - 6 jam

2001 - 9 jam

2007 - 14 jam

Keey Loi Juara Asyik 2007


ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 29/10/2007

HANYA Radio Televisyen Malaysia (RTM) sahaja yang membuka ruang untuk golongan Orang Asli mengembangkan bakat mereka dalam bidang seni. Tidak dinafikan golongan minoriti ini juga berkemampuan seperti kaum lain namun mereka tidak diberi peluang.

Kini dengan adanya penganjuran pertandingan Juara Asyik oleh radio ASYIKfm, golongan Orang Asli yang terdiri daripada pelbagai suku kaum itu mampu berkarya seperti orang lain.

Malah pemilihan kumpulan Keey Loi dari suku kaum Semai dan Semelai sebagai johan pertandingan Juara Asyik itu mampu membakar semangat rakan-rakan mereka yang lain.

Pertandingan akhir Juara Asyik telah disiarkan secara langsung menerusi RTM1 pada pukul 8.30 malam kelmarin dari Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Keey Loi yang dianggotai oleh Mohidin Katak (bass), Johan Bah Kap (vokalis), Sharizal Udin (gitar utama) dan Mohd. Amri Udin (drammer) itu bagaikan tidak percaya mereka mampu muncul sebagai juara.

Johan yang mendendangkan lagu Resah, ciptaan Sharizal dan Hakikat Perjuangan (Search) dengan gaya tersendiri berjaya memikat hati lima juri profesional yang diketuai oleh Muhamad Asnawi Mutaal dari RTM.

Lain-lain juri yang mengadili pertandingan tersebut dari segi vokal, kepakaran bermain muzik, persembahan dan penampilan ialah komposer Fauzi Marzuki, Johari Teh, Khoo Fook Sin dan Azhar Mohd. Sharif.

Menurut Johan, kelapan-lapan kumpulan yang layak ke peringkat akhir mempunyai kelebihan tersendiri.

Terkejut

“Memang terkejut kerana kami tidak sangka akan muncul sebagai juara. Ini bukanlah pertandingan pertama kami. Sebelum ini kami pernah menyertai pertandingan Rentak Juara tapi tidak ada rezeki,” katanya mewakili rakan-rakan.

Johan yang meminati gaya persembahan Amy Search itu berharap lebih banyak pertandingan yang membabitkan kaum Orang Asli diadakan di masa akan datang.

Meskipun meminati irama rock, namun Johan berkata kumpulan mereka tidak akan melupakan adat budaya.

“Untuk pertandingan ini kami mengambil pendekatan yang mudah dan memandangkan irama rock mudah diterima jadi lagu yang dicipta pun ke arah itu,” jelasnya.

Dengan kejayaan itu, Keey Loi yang berasal dari Kampung Sungai Sampo, Jempol, Negeri Sembilan itu berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.

Sementara Sharizal yang memenangi wang tunai RM2,000 menerusi kategori Pencipta Lagu Terbaik berkata, dia mengambil masa selama tiga minggu untuk mencipta lagu Resah.

Bagi kumpulan X-Gerimis yang dianggotai oleh Sharman Sulak (gitar utama), Sujak Suak (gitar kedua), Diza Sukri Idris (bass), Muhamad Shahrul Amri Mohd. Fathi Awal (drammer) dan Mirzamardzan Saney Sambut (vokalis) menduduki tempat kedua juga merupakan satu kejayaan.

Tidak kecewa

Menurut Sharman, mereka tidak kecewa kerana masih banyak lagi yang perlu diperbaiki daripada segi persembahan.

“Kejayaan kami mungkin disebabkan tahap persembahan kami setakat itu sahaja. Kami akan memperbaiki lagi persembahan di masa akan datang,” katanya yang turut mencipta lagu Kau Dan Aku.

Jelasnya, lagu tersebut dicipta dalam masa tiga hari dan itulah lagu pertama yang diciptanya.

Kumpulan dari suku kaum Temuan yang berasal dari Kampung Senibai, Johol, Negeri Sembilan itu sering mengadakan persembahan di rumah orang kahwin.

“Seperti kumpulan muzik lain, kami juga menyimpan impian untuk menghasilkan album. Kami harap ada pihak yang sudi untuk memberi ruang kepada kumpulan muzik Orang Asli untuk terus maju kerana di kalangan kami pun ada yang berbakat,” katanya.

Kumpulan X-Gerimis yang menjadi naib johan menerima wang tunai RM8,000, trofi dan sijil penyertaan.

Sementara kumpulan D’Yal yang mempertaruhkan lagu Bunga dan Tak Mungkin tampil menduduki tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM5,000.

Kumpulan yang berasal dari Pos Iskandar, Bera, Pahang itu dianggotai oleh Arman Ali (vokalis), Harun Samat (bass), Zanira Ali (gitar utama) dan Norsahrol Ali (drammer).

Menurut Arman, inilah pertama kali mereka menyertai pertandingan. Biarpun tanpa alat muzik, namun mereka masih mampu menarik perhatian juri.

“Kesemua anggota D’Yal tidak ada alat muzik. Kami tidak mampu memilik alat muzik kerana kami semua bekerja kampung. Kalau berlatih pun kami hanya menyewa sahaja. Apa pun kami gembira kerana usaha kami selama ini berbaloi,” katanya.

D’Yal yang terdiri daripada suku kaum Semelai itu menerima wang tunai RM5,000.

Lain-lain kumpulan yang turut bertanding pada peringkat akhir Juara Asyik ialah D’Men, A’Boyz, Pearl, Bencaq dan Destinasi BT.

Selain persembahan peserta, penonton turut dihiburkan dengan dendangan daripada kumpulan Itosii, Saleem, Aremeer (Sofaz) dan Zamani.


NOTA***Jenuh nak menerbit program nie..Tahun 2009 ada lagi...waduh waduh...pening pening....