Wednesday, February 17, 2010

Sindiket peralat Orang Asli

Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Sindiket penyeludupan hidupan liar antarabangsa disyaki mengupah Orang Asli di sini, bagi memburu atau memerangkap haiwan liar, termasuk yang diancam kepupusan seperti harimau, bagi memenuhi permintaan tinggi di China.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Datuk Dr Dionysius Sharma, berkata Orang Asli diperalatkan oleh orang tengah bagi mengumpul hasil hutan kerana mereka mahir mengenai selok-belok hutan di negara ini.

“Permintaan untuk hidupan liar atau hasil hutan negara kini meningkat secara mendadak bagi kegunaan perubatan tradisional China, selaras dengan peningkatan tahap sosioekonomi penduduk negara itu.


“Orang Asli di sini tiada keupayaan untuk menyeludup keluar hidupan liar dan saya yakin mengenai kewujudan sindiket mendalangi operasi ini selain tidak menolak kemungkinan ia dianggotai rakyat tempatan serta warga asing.

“Kes rampasan hidupan liar, pemasangan jerat yang berleluasa di hutan simpanan dan kemasukan pemburu haram dari negara jiran yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini harus dikekang segera bagi melindungi khazanah alam negara,” katanya ketika mengulas kes lelaki suku kaum Semai, Yok Meneh Yok Din, 47, yang cedera diterkam harimau pada 6 Februari lalu. Harimau berkenaan ditemui mati dua hari selepas itu dengan kesan kecederaan lama akibat ditembak, terkena jerat dan tikaman lembing.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Shabrina Md Shariff, berkata Yok Meneh sebenarnya seorang daripada tujuh lelaki yang menjerat harimau berkenaan.

“Kumpulan terbabit menjerat harimau berkenaan dan menembaknya empat kali sebelum menikamnya menggunakan lembing serta sumpit beracun.

“Mereka dijanjikan keuntungan ribuan ringgit oleh orang tengah bagi mendapatkan harimau itu. Mereka juga mengakui pernah membunuh seekor harimau dan seekor harimau akar sebelum ini.

“Malah, ada banyak bukti menunjukkan pemburu haram dari Thailand dan Vietnam sering menceroboh hutan negara bagi memasang jerat,” katanya.

Sekitar 1950-an, dianggarkan terdapat kira-kira 3,000 harimau di hutan negara ini tetapi jumlahnya susut dengan ketara apabila lebih banyak hutan dibersihkan untuk tujuan pertanian.

Tuesday, February 9, 2010

Pembikinan Video Klip Kumpulan DSL


Pada 08 Feb lalu, aku dan Tuan Haji Khair, pemilik Warisan Record telah mengadakan sesi rakaman atau shooting video klip atau music TV untuk Kumpulan DSL, salah satu projek bersama yang telah kian lama dirancang.Kalau tiada apa masalah, pada 09 Feb, aku dan Tuan Haji Khair akan ke Hulu Langat lagi untuk sesi rakaman video klip di lokasi yang terpilih, selamat maju jaya DSL