Thursday, April 30, 2009

Hidup Selangor... hehe

Persahabatan atau pertemanan adalah istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial. Artikel ini memusatkan perhatian pada pemahaman yang khas dalam hubungan antar pribadi. Dalam pengertian ini, istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan afeksi. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain, seringkali hingga pada altruisme. selera mereka biasanya serupa dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati kegiatan-kegiatan yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar-menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Sahabat adalah orang yang memperlihatkan perilaku yang berbalasan dan reflektif. Namun bagi banyak orang, persahabatan seringkali tidak lebih daripada kepercayaan bahwa seseorang atau sesuatu tidak akan merugikan atau menyakiti mereka.

Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:

Seringkali ada anggapan bahwa sahabat sejati sanggup mengungkapkan perasaan-perasaan yang terdalam, yang mungkin tidak dapat diungkapkan, kecuali dalam keadaan-keadaan yang sangat sulit, ketika mereka datang untuk menolong. Dibandingkan dengan hubungan pribadi, persahabatan dianggap lebih dekat daripada sekadar kenalan, meskipun dalam persahabatan atau hubungan antar kenalan terdapat tingkat keintiman yang berbeda-beda. Bagi banyak orang, persahabatan dan hubungan antar kenalan terdapat dalam kontinum yang sama.

Disiplin-disiplin utama yang mempelajari persahabatan adalah sosiologi, antropologi dan zoologi. Berbagai teori tentang persahabatan telah dikemukakan, di antaranya adalah psikologi sosial, teori pertukaran sosial, teori keadilan, dialektika relasional, dan tingkat keakraban



Nota

DARI KIRI DJ NR, DJ MIYEN & DJ ASMI

Tuesday, April 28, 2009

Anda memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:



1. Memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.

2. Anda memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.

3. Anda cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.


4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.

5. Anda suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga Anda.

6. Tak pernah terfikir untuk merasa bersyukur, bahkan ia takde guna bagi Anda.

7. Tak pernah meminta maaf dan tak mahu melafazkan kemaafan.

8. Sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada Anda.


9. Anda banyak bercakap untuk menampakkan Anda tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tak penting bagi Anda kerana mereka hanya tahu sedikit saja, tak setanding Anda.

10. Anda suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.

11. Lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.

12. Sakit hati melihat orang lebih berjaya dari Anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari Anda.

13. Anda menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar Anda sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.

14. Cakap tak berlapik, tak sopan, main hambur ikut suka hati.

15. Mahu orang lain respek Anda, tapi sukar untuk Anda respek orang lain kerana berbuat begitu memalukan Anda.

16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat Anda marah.

17. Menganggap diri Anda kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.
18. Anggap apa yang Anda miliki jauh lebih hebat, pencapaian Anda lebih hebat dan Anda tak sanggup dikalahkan.
19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.

20. Tak nak berubah, selesa kekal dengan yang ada.

21. Mahu orang lain mengikut saranan Anda, langsung tak menghormati keputusan mereka.

22. Berlagak seolah-olah Anda orang penting ketika berada dalam sesatu majlis keramaian.

23. Amat menjaga sembahyang, tapi mulut memaki-maki.

24. Berjanji insya Allah, tapi asyik mungkir janji.

25. Suka mempergunakan, memperalatkan kejujuran dan kebaikan orang.

Fikiran melambangkan perbuatan. Perbuatan juga melambangkan cemana rupa fikiran, positif ke ke negatif. Anda boleh mengenali pemikiran negatif jika Anda terlihat ciri-ciri perbuatan negatif seperti di atas.

Jadikan 25 sikap itu sebagai panduan, garis ukuran untuk Anda check attitude diri. Jika ada sikap di atas terdapat pada Anda, itu tandanya Anda kena berubah kalo Anda nak ada kemajuan dalam hidup.

Semua 25 panduan itu tak semestinya betul, bahkan boleh jadi salah kerana ia hanya berdasarkan kajian pada masyarakat umum. Tak sama pada semua orang. Saya percaya andai kata Anda sambung tulis start dari yang ke 26, mesti senarai tu sampai 100 atau 200, apatah lagi bila ditaip dengan penuh perasaan geram..betul tak? Hehe..

Biar orang kritik kita, jangan kita mengkritik sebab itu akan memfull-powerkan pemikiran negatif yang ada dalam diri kita. Banyakkan yang positif supaya dapat mengurangkan yang negatif. Pemikiran negatif sukar untuk dibuang, tapi boleh dilatih untuk menjadi semakin mengurang.


*** DJ NR ... fikirlah sendiri.. kawan-kawan

Kisah Benar



Sebagai Renungan... hehe

Saturday, April 25, 2009

Gradung Gradeng 25 April 2009



Kumpulan Sekate, Sungai Lalang Baru....detail mereka akan aku bagitau... tunggu ..hehe

Tuesday, April 21, 2009

Radio ASYIKfm Online



FM 89.3, FM 91.1, FM 102.5, FM 105.1.
Melalui Gelombang Pendek Kebangsaan 49 meter (6050 kilohetz)

14 JAM KE UDARA
( 8.00 PAGI – 10.00MALAM )


Penyampai ASYIKfm

Dialek Temuan
  • Noriman Adnan@ DJ NR
  • Hardi Zakaria Kassim @ DJ Hardey
  • Azlina Alam@ DJ Ina
  • Rozima Simpan @ DJ IEMA
  • Ismail Ombong@ Pakcu
Dialek Jakun
  • Azizah Mat@DJ Kak Zah
  • Zainab Akin@ DJ Nab
  • Nor Haiza Udoh @ DJ Haiza
  • Laili Apeng@DJ Laili
  • Rohaida
  • Anitudin Pak Pit @Mamak Din
Dialek Semai
  • Mahat Anak China@ Akiya
  • Pandak Tah@Patrik
  • Nyon Harun@Kak Nyon
  • Amran Anjang@DJ Mie Yen
Dialek Temiar
  • Majid Adik@ DJ Majid
  • Busu Ngah @ Mr Dj
  • Asmi Mat@DJ Asmi
  • Errin Andok@DJ Errin
  • Ali Jaafar@ DJ AJ

Sunday, April 19, 2009

Tekanan Mental Dan Pekerjaan


TEKANAN KERJA

Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA

Jenis Pekerjaan

Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

Peranan dan Fungsi Pekerjaan

Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

Perhubungan

Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Kerjaya

Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi

Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja


7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
  • Bersikap positif semasa melakukan anda
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
  • Merasa seronok bekerja

Rancang Kerja Anda

  • Kendali masa anda dengan bijak
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting
  • Jangan bertangguh
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
  • Mengagihkan kerja dengan baik

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

  • Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
  • Ambil tindakan secara wajar

Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja

  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
  • Rancang perubahan secara teratur

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan cara Hidup Sihat

  • Luangkan masa untuk beribadah
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Bersenam selalu
  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
  • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL ?

Tanda-tanda tekanan mental

  • Bersikap ganas (Panas Baran)
  • Gelisah
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tidur
  • Hilang - tumpuan, motivasi
  • Kemurungan
  • Kerisauan yang berlebihan
  • Kelesuan
  • Mabuk arak
  • Mudah meradang
  • Perasaan bersalah

Saturday, April 18, 2009

Sebagai Renungan


Ingat kerjaya, keluarga dan kesihatan

RAMAI di kalangan kita yang bertugas lupakan dua perkara penting dalam kehidupan. Pertama kepentingan keluarga kita dan kedua kesihatan kita.

Kita melihat semasa muda, ramai yang tidak mengambil kira tentang masa yang perlu dilapangkan kepada keluarga terutama sekali anak-anak.

Bekerja sepanjang hari sehingga larut malam kadang-kadang termasuk hujung minggu sehinggakan tiada masa untuk keluarga.

Anak-anak yang baru membesar perlukan kasih sayang ibu bapa. Malangnya kalau bapa sibuk mengejar kerjaya dan lebih buruk lagi ibu pun bekerja, maka tinggallah anak-anak di tangan pengasuh rumah atau rumah pengasuh.

Kerap kali yang membuka perniagaan menjaga anak orang terdiri daripada kakitangan yang belum berumah tangga dan tidak hairanlah kalau pembangunan anak dilentur oleh persekitaran rumah pengasuh.

Apa yang bakal dihadapi apabila anak sudah membesar ialah mereka tidak akan berasa kasih dan sayang kepada ibu bapa. Akan wujud jurang komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak apabila anak-anak sudah membesar dan inilah yang dapat kita lihat sebagai salah satu masalah sosial hari ini.

Anak-anak tidak mendapat kasih sayang mencari kasih sayang di tempat lain. Mereka yang sanggup mengorbankan kerjaya mereka demi menjaga pembangunan minda anak- anak adalah mereka yang patut dicontohi. Bagaimana pun kadang kala tekanan hidup memerlukan kedua-dua ibu bapa mencari rezeki.

Sebenarnya jarang sekali pasangan yang ingin berkahwin berpengetahuan tentang ilmu keibubapaan. Selain daripada kursus sebelum berkahwin yang hanya dua tiga hari, ibu bapa jarang sekali mendidik anak-anak dengan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Memang mudah bagi seseorang eksekutif melupakan tentang perlunya meluangkan sedikit masa untuk keluarga. Tambahan pula kadang kala kini ramai yang meluangkan masa di kelab atau bermain golf yang lazimnya mengambil masa sepanjang hari.

Bapa yang agak baik sedikit membawa anak dan isteri ke kelab golf. Tetapi mereka kenalah melayan diri sendiri semasa si bapa bermain golf.

Suatu perkara yang lazim berlaku juga ialah apabila permainan golf ini di tempat lain atau kadang kala di negara lain.

Tidak kurang juga mereka yang terpaksa berjumpa pelanggan atau rakan perniagaan di malam hari atau terpaksa melayan untuk makan malam dan hiburan.

Ini membawa kepada perkara kedua yang penting iaitu kesihatan. Jarang sekali kita mendengar seseorang taat mengikuti jadual pemeriksaan doktor katakan setiap enam bulan.

Banyak penyakit yang boleh diperolehi di masa umur tua yang mungkin tidak diketahui semasa umur muda kerana masih bertenaga.

Semasa mengejar kerjaya ini dengan keraian yang perlu diberi dan dihadiri serta mesyuarat yang tidak putus-putus, kerap kali makanan tidak terkawal dari segi akibat yang mungkin diterima.

Misalnya penyakit jantung boleh dihidapi melalui tekanan kerja, melalui makanan yang tidak mengira buruk baik kesannya.

Seseorang yang gemar misalnya meminum air bergas berkemungkinan mendapat kencing manis di hari tua. Begitu juga penyakit darah tinggi yang boleh membawa strok atau angin ahmar.

Dunia masa kini dipenuhi dengan pelbagai jenis vitamin dan penambaikkan makanan terutama sekali dengan pelbagai tuntutan seperti mengandungi herba tertentu. Mengambil ubat-ubat yang disangka akan mendatangkan kebaikan kepada badan yang sudah sihat akan membawa mudarat.

Mungkin ini salah satu sebab kenapa ramai orang terkena pelbagai jenis barah selain yang jelas seperti barah paru-paru akibat menghisap rokok.

Antara penyakit-penyakit yang lazim dihadapi oleh warga tua atau selepas bersara ialah sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang. Malahan ada kajian yang menyatakan walaupun umur purata untuk lelaki di Malaysia ialah 74 tahun tetapi 14 tahun terakhir dipenuhi dengan pelbagai penyakit.

Ini melibatkan banyak wang perubatan dan rawatan. Tidak termasuk seseorang yang perlu menjaga sama ada isteri atau anak-anak.

Walau apa sekali matlamat kehidupan kita, kita wajar ingat akan perlunya mencurahkan kasih sayang kepada keluarga dan badan kita sendiri. Minda yang sihat datangnya dari badan yang sihat.

Bersara tidak bererti tidak melakukan apa-apa. Mereka yang duduk saja tidak melakukan apa-apa selepas bersara akan cepat menemui ajal.

Thursday, April 16, 2009

Friday, April 10, 2009

Hasil Karya Dinding Di Bandar Tasik Selatan



Lihatlah....hasil karya anak muda masa kini.....luahan perasaan yang tidak dapat digambarkan....

Wednesday, April 8, 2009

Mesyuarat KBR Lanai Langkawi



Gambar kenangan bersama Tuan Haji Keliwon Pajhar, Pengarah Siaran Radio RTM semasa Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian Rancangan Radio di Lanai Resort Langkawi dari 1 hingga 3 April 2009