LANGKAWI - Pelayar pelapis kebangsaan, Norashikin Mohd. Sayed dari Selangor menjadi anak Orang Asli pertama mewakili Malaysia pada Kejohanan Perahu Layar Antarabangsa di Auckland, New Zealand, Februari ini.
Norashikin, 16, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi adalah antara 23 pelayar dari skuad pelapis kebangsaan yang sedang menjalani latihan di pusat latihan di sini sejak Jun lepas sebagai persediaan negara menghadapi Sukan Asia 2010 di China.
"Saya gembira menjadi anak Orang Asli pertama di negara ini disenaraikan membawa cabaran negara ke kejohanan itu,'' katanya di sini, semalam.
Norashikin berasal dari Sepang, Selangor berketurunan Orang Asli Mah Meri dan beliau akan berganding dengan seorang pelayar pelapis elit, Khairunnisa Mohd Afendy bagi kategori International 420 di Auckland.
Beliau mula berkecimpung dalam sukan perahu layar menerusi kategori Optimist sejak tahun 2006 semasa berumur 13 tahun dan dua tahun kemudian menukar kepada perahu layar lebih besar iaitu kelas 420.
Norashikin anak keenam dari lapan beradik bertekad untuk disenarai mewakili Malaysia pada Sukan Asia 2010 di China.
"Ini menjadi cita-cita saya dan sebagai anak Orang Asli pertama mewakili negara dalam acara sukan antarabangsa, ibu bapa saya sangat berbangga dan sentiasa memberi dorongan,'' ujarnya.
Ayah Norashikin, Mohd. Sayed Abdullah, 56, adalah pesara Jabatan Orang Asli Selangor manakala ibunya Fatimah Mohamad, 50, seorang surirumah.
Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata, Malaysia akan menghantar 12 pelayar termasuk Norashikin mengambil bahagian pada kejohanan itu.
Katanya, Norashikin menunjukkan persembahan terbaik dan kesungguhan semasa menyertai kejohanan dalam negeri dan latihan pusat yang diadakan
*** Harap-harap Orang Asli akan berjaya....tak ramai yang berjaya...betul ke Orang Asli dah berjaya lupa diri?benar atau tidak ...fikir-fikirkan