Wednesday, October 28, 2009

Petikan Harian Metro 28 Oktober 2009

Orang Asli dakwa lokasi insiden ‘keras’

KAMPAR: “Selain tapak jambatan gantung itu tidak dibina dengan baik, satu lagi penyebabnya runtuh ialah ia terletak di kawasan ‘keras’.


“Mungkin ada individu yang bermulut cabul dan tidak menghormati kawasan sekitar kubur lama terletak kurang 20 meter dari kawasan kejadian menyebabkan insiden ini berlaku,” kata Tok Batin Pos Dipang, Bah Sermu Bah Udin, 45.

Beliau mengulas insiden jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan, Kuala Dipang di sini, malam kelmarin.

Seramai 19 mangsa berjaya diselamatkan manakala tiga lagi dihanyutkan arus deras Sungai Kampar.

Seorang murid perempuan dikenali N Dina Deve, 12, ditemui lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 8.30 pagi, semalam, iaitu hampir satu kilometer dari tempat kejadian, manakala dua lagi murid masih belum ditemui.

Insiden malam kelmarin mengimbau kembali tragedi berdarah banjir lumpur yang menggemparkan negara pada 1996 menyaksikan 44 orang mati dengan kebanyakannya masyarakat orang Asli di Pos Dipang yang terletak hanya kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian.

Tiga anak buah Bah Sermu ialah murid Sekolah Kebangsaan Pos Dipang yang turut menyertai kem berkenaan terselamat.

Bah Sermu berkata, kewujudan kubur lama yang penuh misteri dalam belukar berhampiran tapak kem terbabit, mungkin tidak disedari pihak pengurusan kem termasuk penduduk tempatan.

Beliau percaya kubur lama itu berusia hampir 100 tahun dan mungkin kawasan perkuburan penduduk asal di Kuala Dipang namun tidak ramai yang mengetahui mengenainya kecuali penduduk Orang Asli yang biasa ‘menggagau’ (menangkap ikan menggunakan tangan) di sungai itu.

“Saya tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku disebabkan ada pihak tidak menghormati ‘penunggu’ kawasan berhampiran kubur lama ini dan bermulut cabul. Saya berharap pihak pengurusan kem dan penduduk tempatan lebih prihatin dan menghormati kehadiran makhluk halus di kawasan ini supaya kejadian sama tidak berulang.

“Saya begitu takut ketika dimaklumkan mengenai laporan awal 22 murid sekolah hilang dihanyutkan arus Sungai Kampar kerana di sungai inilah kebanyakan mayat mangsa tragedi banjir lumpur yang menimpa perkampungan saya pada 1996 ditemui,” katanya ketika menunjukkan kawasan kubur lama itu kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Sementara itu, Apa Bengal, 60, penduduk di Pos Dipang yang menemui kubur lama itu kira-kira 10 tahun lalu, turut mengakui kawasan tapak kem berkenaan keras.

“Ketika kali pertama menemui tapak perkuburan ini, darah saya tiba-tiba berderau dan bulu roma saya meremang. Terdapat kira-kira enam hingga tujuh kubur lama termasuk satu kubur besar dipercayai milik golongan bangsawan.

“Saya bersama beberapa rakan terus melarikan diri kerana berasa tidak sedap hati. Saya sudah biasa masuk dalam hutan dan mengetahui di mana kawasan keras dan sebaliknya. Apa boleh saya katakan, kawasan sekitar kubur ini memang berpenunggu,” katanya sambil berharap penduduk setempat lebih prihatin dan menghormati kawasan kubur itu.



Yank-Wali Band

wAli bAND - yAnK.mp3

Yang.. Coba kau jujur padaku
Yang.. Foto siapa di dompetmu
Yang… Kok kamu diam begitu
Sayang jawab atau aku pergi sayang

#
Aku tak mau bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa maumu, siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain
Jangan hubungi ku lagi
Ini bisa jadi yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kau tak ngerti aku
Sekarang atau tak selamanya

Yang.. Jangan kira ku tak tahu
Yang.. Tak mudah kau bodohi ku
Yang… Tolong dengarkanlah aku
Tapi sayang
Masih pantaskah kau kupanggil sayang

Back to #

Salahmu mau bicara
Dan ku akan cerita semua
Apa mauku, siapa dirinya
Karna memang tak ada yang lain
Terus hubungiku lagi
Jangan bilang ini yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kamu ngerti aku
Aku sayang kamu selamanya

Back to Reff

Sunday, October 25, 2009

Saturday, October 24, 2009

Kompilasi Sentuhan Asal 2003

Chen-Y
01 TELOQ DUIT.mp3

02 KESETIAAN KU.mp3

03 JIKA ADA CINTA.mp3

Lee & Scud 2 Band

04 SERIKANLAH HIDUPKU.mp3

06 INA.mp3

Oya Endral

07 SALAH KADEH.mp3

09 NANI.mp3

Joe Genrai
08 LESEM.mp3

05 KAU KU SAYANG.mp3

Mamak Denan
10 MANDEY ME EN KHEK.mp3

Satu Kompilasi yang telah dihasilkan pada tahun 2003...unrelesead album..di atas sebab sebab tidak dapat dielakkan album ini tidak berjaya di pasarkan.. so nak dengar... leh la download...

Studio Rakaman : GC Sound Studio Sg Buah , Dengkil , Malaysia

Susunan Muzik : Lan Genrai dan Man Genrai

Penerbit : Genrai

Kalau ada rezeki .. Genrai akan bikin balik album nie...kalau ada modal.. semua leh jadi.. arioss...

Monday, October 19, 2009

BERSAMA ALIP ALENG BEKAS VOKALIS DSL SPECIAL PROJECT 2005

Track 1. Cinta Semalam

01 CINTA SEMALAM.mp3

Track 2. Rindu Merindu

02 RINDU MERINDU.mp3

Track 3. Aku Pun Tahu

03 AKU PUN TAHU.mp3

Track 4. Akuk Serui Ajeh

04 AKUK SERUI AJEH.mp3


Line Up Special Project Alip DSL

Vokal : Alip Aleng
Gitar : Kurah
Bass : Man
Drum : Aceh

Rekoding Studio : Warisan Sound, Batu 8, Sijangkang, Selangor

Lagu-lagu nie lum lagi disiarkan kat mane-mane stesen radio .. kira demo la nie...dah lama dah rakaman nie dibuat cuma lum upload je ...rakaman tahun 2005....apepun enjoy la ek....arios....