Tuesday, August 11, 2009

DJ NR dan Jadual Bulan Ogos 2009


Ada pertukaran, akan ada pertukaran, huhu

Sunday, August 9, 2009

Antara Band Gradung Gradeng 2009

Band i-Sabbath dari Kg Ciung , rakaman Gradung-Gradeng pada 01 Ogos 2009


Band Nada Maya dari Kuala Kubu Bahru , rakaman pada 25 Julai 2009

Band SETEM dari Batu 12, Gombak, rakaman pada 11 Julai 2009

Band DSL, dari Sungai Lui , Hulu Langat, rakaman pada 04 Julai 2009



Band Sekate dari Sg Lalang Baru, Semenyih, rakaman pada 25 April 2009



Band Kroob dari Sg Prah, Parit Perak, rakaman pada 14 Mac 2009


Band Citra dari Sg Prah, Rakaman pada 14 Mac 2009
Band Kramat dari Sg Perah rakaman pada 14 Mac 2009




Red Jack dari Sg Prah, Parit Perak, Rakaman pada 14 Mac 2009


*** ada lagi aku tak upload...nanti aku upload... sabar ek.. kawan-kawan ***

Kakitangan awam dibebani hutang

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Sebahagian besar daripada 1.2 juta orang kakitangan awam di negara ini berhutang, menyebabkan ada di antaranya membawa pulang hanya 40 peratus sahaja daripada gaji mereka setiap bulan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman mendedahkan, ada dalam kalangan kakitangan awam memperoleh pendapatan boleh guna yang sedikit, malah ada yang mencapai tahap teruk.

''Ada kes di mana mereka yang berumur 50 tahun belum habis membayar hutang, malah lebih teruk lagi ada yang kehabisan bayaran gratuiti kerana menjelaskan pinjaman," katanya kepada Utusan Melayu Mingguan, baru-baru ini.

(Laporan penuh mengenai beban hutang kakitangan awam ini dapat diikuti dalam Utusan Melayu Mingguan, esok).

Menurutnya, kumpulan berpendapatan sederhana dan bawahan adalah paling ketara berhutang, setidak-tidaknya membuat pinjaman perumahan dan kenderaan atau pinjaman peribadi.

Omar berkata, bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh kakitangan awam boleh dilihat apabila ramai di antara mereka terpaksa bekerja secara sambilan siang dan malam.

''Dianggarkan lima peratus kakitangan awam terpaksa bekerja sambilan,'' ujarnya.

Beliau memberi contoh daripada 20,000 pemandu teksi di Lembah Klang, 10 peratus adalah kakitangan awam yang melakukannya secara sambilan.

Katanya, terdapat kes-kes teruk sehingga ada yang tidak datang kerja kerana tidak mempunyai wang.

''Jika datang sekali pun tidak buat kerja kerana hilang tumpuan akibat beban hutang,'' ujarnya yang bimbang dengan fenomena tersebut.


*** DJ NR*** "Kalau x hutang , x dpt ape kita nak...harap gaji.. alahai..."

Friday, August 7, 2009

Siaran Berita Temuan pada 07/08/09 jam 8.00 malam

TAKZIAH BUAT KELUARGA DJ PAKCU @ISMAIL OMBONG

Tepat pukul 4.00 petang,07 Ogos 2009, Jumaat

Aku terima panggilan dari Ketua Unit, Radio Malaysia ASYIKfm, Puan Mariama Uda Nagu memaklumkan kepada aku, Encik Ismail Ombong atau lebih dikenali sebagai DJ Pakcu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 4.00 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Mengigil badan aku beb...bukan ape..memang dah dua tiga hari Encik Ismail Ombong terlantar di Pusat Perubatan tue tapi aku tak berkesempatan nak gie tengok sebab kat opis takde ASYIKfm takde orang, Ketua aku pun gie sana...semalam 06 Ogos 2009, Masuk ICU...

Pandak Tah beritahu aku , pas tue Ketua Aku lak bagitau, aku mula x caya, ingat Pandak main main, last-last sahih la berita sedih ini dah disahkan...

So pada rakan-rakan dan kawan-kawan yang kenal dengan DJ Pakcu atau DJ Ismail Ombong boleh la datang melawat esok di rumah beliau di Damansara Perdana , Bukit Lanjan
esok 08 Ogos 2009....

Semoga Roh Beliau Di Cucuri Rahmat.

Thursday, August 6, 2009

Apa la nak jadi?

4 jam dipaksa hisap 42 keretek

LANGKAWI: Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Pulau Tuba di sini, hampir pengsan selepas dipaksa menghisap 42 batang keretek sebagai hukuman daripada warden asrama yang juga guru sekolah terbabit kerana didakwa menyimpan sebatang rokok.

Mohd Alif Arifin, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba, dikenakan hukuman yang dianggap zalim itu selepas guru terbabit menemui sebatang rokok dalam laci asrama kepunyaan pelajar berkenaan pada 26 Julai lalu.

Dia dibawa ke bilik guru dan dipaksa menghisap tiga kotak setengah keretek mengandungi 42 batang sambil disaksikan beberapa guru lain dan pelajar sekolah menyebabkan air liurnya meleleh ke lantai manakala bibirnya kebiruan.

Mangsa mendakwa guru terbabit tidak membenarkan dia minum walaupun dahaga dan terpaksa menghabiskan masa empat jam untuk menghabiskan rokok disediakan guru disiplin berkenaan.

Guru terbabit hanya menghentikan hukuman itu selepas mendapati keadaan pelajar berkenaan sudah tidak terkawal sebelum menghantarnya ke klinik untuk pemeriksaan.

Ibu saudara mangsa, Faridah Mat Zain, 32, yang menganggap warden asrama itu bertindak keterlaluan terhadap anak saudaranya yang dijaga sejak kecil selepas kematian bapanya, berkata keluarganya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang berikutan insiden itu.

“Saya benar-benar kecewa kerana selepas hukuman itu, Mohd Alif tidak dapat menjamah makanan selama lima hari dan dia menyembunyikan perbuatan keterlaluan guru terhadapnya daripada pengetahuan saya.

“Saya hairan apabila pihak sekolah membenarkan Mohd Alif pulang dari asrama dengan alasan kurang sihat. Bagaimanapun, selepas mendapati bibirnya bengkak, batuk berpanjangan dan tidak banyak bercakap, baru dia menceritakan hukuman menghisap 42 batang keretek.

“Saya membawa Mohd Alif ke Klinik Kesihatan Kampung Selat di sini, sehari selepas kejadian (27 Julai) tapi pegawai kesihatan mengarahkan dia mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Langkawi di Kuah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Selat, Bagan Nyiur di sini, semalam.

Susulan itu, laporan berhubung kejadian itu dibuat bapa saudara mangsa, Husni Mat Zain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuah, pada 28 Julai lalu.

Faridah berkata, dia rela jika hukuman denda yang dilakukan guru terbabit mengikut peraturan sekolah jika kesalahan menyimpan rokok benar-benar dilakukan Mohd Alif.

“Mohd Alif berkali-kali menafikan rokok yang ditemui dalam laci miliknya di asrama sekolah kepunyaannya dan mendakwa ia diletak pelajar lain tanpa pengetahuannya,” katanya.

Faridah berkata, dia terkilan pihak sekolah tidak hadir untuk bertanya khabar atau melihat keadaan kesihatan Mohd Alif selepas membenarkannya pulang.

“Saya bersama beberapa anggota keluarga bergegas ke sekolah dan menemui pengetua, bagaimanapun pihak sekolah gagal memberi kerjasama dan menganggapnya sebagai kes terpencil,” katanya.

Sementara itu, Mohd Alif berkata, guru terbabit memasukkan empat batang rokok ke dalam mulutnya untuk dihisap dan apabila habis, perbuatan itu diulang guru berkenaan sehingga dia selesai menghisap 42 batang.

“Guru menghentikan hukuman hisap rokok selepas mendapati muka saya pucat, bibir kebiruan dan batuk. Ketika itu, saya sudah tak mampu meneruskan hukuman dan seolah-olah hendak rebah ke lantai kerana pening dan sakit kepala,” katanya.

Katanya, selepas seminggu bercuti, dia hadir ke sekolah pada Isnin lalu menyebabkan beberapa guru lain yang mengetahui kejadian itu bertanyakan kesihatannya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi, Halid Ali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menyifatkan hukuman dikenakan ke atas pelajar terbabit memang tidak wajar.

“Kami sedang menjalankan siasatan terperinci di sekolah berkenaan termasuk menemui pengetua dan guru disiplin yang menjalankan hukuman itu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada penjaga pelajar terbabit sehari selepas kejadian dan mengambil tempoh 14 hari untuk menyiapkan laporan.

Mengenai tindakan ke atas guru disiplin, beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan laporan kepada Jabatan Pelajaran Kedah untuk memutuskan sebarang tindakan sama ada digantung kerja atau ditukar ke sekolah lain.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintenden Harrith Kam Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan terperinci sedang dilakukan.

Thursday, July 23, 2009

Pesakak Hek


*** alahai sapa la main gitar tak berbaju tue.. drummer pun tak berbaju gak...studio tak bayar bil api.. hahahaha panas-panas...

Pesakak Hek arrangement oleh :

Gitar Solo : Mr Kurah
Bass Gitar,2nd Gitar, Keyboard Strings, Drum : Mr Noriman.. hahahaha aku la pulak..masa lagu nie rekod guna Roland BR 1600