Thursday, March 31, 2011

Kenangan dan Kenangan-Mel

Kenangan dan Kenangan - Mel.mp3

Musim yang berganti…tinggalkan aku..melamun dengan igauan ngeri

Awan yang berarak dan menabur hujan membasahi….. penantianku

Tanpa perlindungan… tempat nak berteduh…

Dari lambaianmu tidak ku menyangka ..Ada kesulitan yang bakal ku tanggung

Aku terpesona kelembutan nada pujuk kata indah yang manis diucapkan…

Lenalah aku semalam

Engkau yang membisik .. mahligai indah hanya bayangan hitam

Hampir lumpuh cita-citaku menawan gunung tinggi harapan

Kau bukan kekasihku

C/O

Kekasihku indah demikian kemampuanku itu kenyataan

Mana mungkin aku tunduk lagi jika kau masih beri tekanan

Hatiku pijar ku sembunyikan jiwa terkilan

Apa muslihatmu …. aku ini adalah seorang.. manusia yang perlukan hidup..

Sudah biasa dan pengalaman..

Erti tenang bakal akan aku kecap, selamat jalan

Lepas solo

Kekasihku indah demikian kemampuanku itu kenyataan

Mana mungkin aku tunduk lagi jika kau masih beri tekanan

Hatiku pijar ku sembunyikan jiwa terkilan

Apa muslihatmu aku ini adalah seorang manusia yang perlukan hidup

Sudah biasa dan pengalaman

Erti tenang bakal akan aku kecap, selamat jalan..selamat tinggal.. slamat jalan…


Playlist Rock di Asyik 2011

Penyampai : Noriman Adnan
Waktu Siaran : 5.15 hingga 6.00 ptg
Hari : Setiap Rabu

1. SADISTIC DESIRE -X JAPAN BAND FROM JAPAN
2.WIRAKAH ORANG KITA -AZTHARA
3. ALWAYS-BON JOVI
4. TETAP MENANTI-WIZARDS
5. KARAM-ZABARJAD
6. KENANGAN DAN KENANGAN-MEL

Thursday, March 3, 2011

Rock di Asyik

Rock di Asyik di antara segmen yang saya keudarakan setiap Rabu dari 5.15 petang hingga 6.00 petang



ROCK DI ASYIK
RADIO MALAYSIA ASYIKfm

PENYAMPAI : NORIMAN ADNAN /HARDY ZAKARIA
TARIKH : 02 Mac 2011/MINGGU KE-9 2011
SENARAI PUTAR
BIL NAMA LAGU ARTIS

01 WARISAN PERANG ALFA

02 SAMARKAND BLOODSHEED

03 AKU INGIN BEBAS ENDRAL

04 WELCOME TO MY FAMILY AVENGED SEVENFOLD

05 1511 BUMIPUTERA ROCKERS

06. SELAMAT TINGGAL CINTA ARENA

Tuesday, February 8, 2011

Safee sarung jersi Pelita Jaya


PETALING JAYA - Bukan Persib Bandung, sebaliknya Pelita Jaya menjadi pilihan penyerang kebangsaan dan Selangor, Safee Sali yang akan beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) mulai 7 Mac ini.

Apa jua kelab yang menjadi pilihan Safee, pemergian pemuda kelahiran Kajang itu ke Indonesia juga dianggap sebagai detik bersejarah kepada bola sepak tempatan kerana dia menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di negara jiran itu.

Dengan kontrak selama setahun yang akan berakhir pada 31 Disember 2011, Safee akan berangkat ke Jakarta pada 14 Februari ini dan bakal memakai jersi bernombor 10 selaku penyerang utama kelab Pelita.

Perpindahan Safee telah diumumkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad pada sidang media di pejabat FAS, Kelana Jaya, semalam.

Bagaimanapun, Abdul Mokhtar enggan mendedahkan sebarang butir-butir perpindahan termasuk yuran pembelian kontrak dan gaji yang diterima oleh Safee sepanjang mewakili Pelita.

''Saya tidak boleh dedahkan apakah syarat dan terma mengenai perpindahan Safee dari Selangor ke Pelita, cuma apa yang saya boleh katakan ia ganjaran yang lebih baik dari Selangor.

''Kami tidak menggunakan mana-mana ejen, FAS sendiri yang bertindak selaku orang tengah dalam urusan perpindahan Safee, " katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Setiausaha FAS, Datuk Hamidin Mohd.Amin, jurulatih Selangor, K. Devan dan semua pemain Liga Super Selangor.

Bagi Safee, pemilihan bermain di Pelita terletak di tangan FAS tetapi dia tidak dapat menafikan salah satu alasan Pelita menjadi pilihan adalah kerana peluang beraksi dengan kelab yang dikenali jolokan 'Pendekar Gunung Parang' itu lebih cerah berbanding jika beraksi bersama Persib.

''Saya telah menyerahkan kepada FAS untuk membuat keputusan terbaik dan ada memberitahu Datuk Hamidin Mohd.Amin (Setiausaha FAS) dan gaya permainan Pelita lebih sesuai dengan saya.

''Namun, tidak boleh dinafikan, salah satu punca saya pilih Pelita adalah pasukan ini memang ada masalah penyudah di bahagian serangan dan peluang beraksi lebih cerah. Berbanding Persib, kelab itu sudah mempunyai ramai penyerang import.

''Walaupun saya tahu Pelita berada di tangga tercorot liga selepas berakhirnya pusingan pertama, saya akan cuba sedaya upaya membantu naikkan kembali kedudukan liga Pelita.

''Saya sudah benar-benar bersedia bermain di ISL dengan keyakinan yang tinggi dan akan berusaha gigih untuk menunjukkan kualiti sepanjang bersama Pelita, " ujarnya.

Dua pemain bertaraf dunia, Mario Kempes dan Roger Milla pernah beraksi bersama Pelita Jaya pada era 90-an manakala bekas pemain import Perlis dan Negeri Sembilan, Mohd. Lamin Conteh juga menjadi salah seorang pemain Pelita selama dua musim iaitu dari 2006 ke 2007.

Berada di tangga tercorot dari 15 pasukan selepas melalui 13 perlawanan, Pelita jelas amat menagih sentuhan Safee di barisan serangan selepas hanya mampu menjaringkan 13 gol dan kelab itu telah kalah sebanyak sembilan kali.

Dalam masa sama, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata pada perlawanan terakhir Safee Sali bersama Selangor yang akan menentang Kuala Lumpur, 12 Februari ini, dia akan diberikan penghormatan menjadi kapten pasukan.

''Ini adalah sebagai lambang perpisahan kepada Safee yang tidak lagi beraksi bersama Selangor sehingga penghujung musim," katanya.