Tuesday, September 29, 2009

Rakaman Riuh Riuh Raya 16 Ogos 2009


DJ Kamel

Itam Geladis

Mat Zin ( Chen- Y )

Norlita Anjang

Norafifi dan Mahanum Alip

Rusmadi Ramlee ( Ketua Kombo RTM ) dan DJ NR

Mat Zin ( Chen-Y ) dan Jali Seniroi

Oya ( Endral ) dan Opiya ( Camar )

Opiya ( Camar )

Wes Taleng ( Tarrog )

Gambar Kenangan bersama Kombo RTM

Itam ( Jelmol ) dan Mat Zin ( Chen-Y )

Mazuan ( Juara ASYIK 2009 )

Nyanyian beramai-ramai lagu Saloma - Selamat Hari Raya

Agek Seniroi


Kombo RTM

Mazuan ( Juara ASYIK 2009 ) dan Norafifi ( DSL )

Mahanum Alip

DJ Dida dan DJ Asmi Mat , Pengacara Riuh -Riuh Raya 2009


Suasana rakaman Riuh-Riuh Raya

Antara penonton yang hadir

DJ NR ( penerbit ) dan barisan artis yang menjayakan rakaman Riuh-Riuh Raya 2009

Nik Azhar dan Agek Seniroi


Jalan Elok ( Band Kg Sawah )

Saturday, September 19, 2009

Riuh Riuh Raya 2009

Program raya menarik di stesen radio RTM

KUALA LUMPUR: Bertemakan "Raya Datang Lagi", Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghidangkan beberapa program menarik menerusi stesen-stesen radio sempena sambutan Aidilfitri ini.

Pada hari raya pertama, saluran Klasik Nasional, stesen radio RTM paling popular, akan memeriahkan para pendengar dengan rancangan Joget Ria Aidilfitri Klasik Nasional pada jam 3.15 petang selain Panggung Drama Aidilfitri pada jam 12.30 tengah hari dan Seloka Aidilfitri pada 1.30 tengah hari manakala rancangan Ole-ole Raya Klasik Nasional akan ke udara pada 12.05 tengah hari pada hari raya kedua.

Saluran MUZIKfm yang cukup popular di kalangan remaja pula akan menghidangkan rancangan Jom Raya@MUZIKfm pada hari raya pertama dan kedua pukul 2 petang dan rancangan Yang Sedap-Kafe Raya akan ke udara pada 10 pagi hari raya pertama dan kedua, demikian menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat RTM, hari ini.

Saluran KLfm pula akan menghiburkan warga kota yang tidak pulang ke kampung untuk beraya dengan rancangan Gempak Syawal KLfm pada 9.15 malam hari raya pertama dan sebelum itu, para pendengar akan dihiburkan dengan rancangan istimewa, Semanis Lebaran, pada jam 2 petang manakala rancangan Carta Raya D' Silk pula akan menemui pendengar pada pukul 9.15 malam pada hari raya kedua.

Saluran khusus untuk masyarakat Orang Asli, ASYIKfm turut tidak ketinggalan menyajikan program-program menarik sepanjang Syawal ini dengan Ritma Lebaran Gerenti Asyik pada hari raya pertama, jam 6 petang dan Riuh-riuh Raya ASYIKfm akan bermula jam 11 pagi.

Stesen radio berbahasa Inggeris, TRAXXfm pula akan menyajikan rancangan Greetings From the World pada hari raya pertama, jam 11.15 pagi sementara stesen berbahasa Tamil, MINNALfm akan menyediakan Drama Hari Raya pada jam 2.30 petang, hari raya pertama.

Juga tidak ketinggalan, saluran berbahasa Mandarin, AIfm turut memeriahkan Aidilfitri tahun ini dengan rancangan Kasih Sayang, pada 23 Sept, 11.20 malam, menurut kenyataan itu.

Stesen radio negeri turut menyediakan program menarik seperti di MELAKAfm, iaitu rancangan Citra Aidilfitri dan Variasi Aidilfitri yang akan menemui para pendengar pada hari raya pertama dan kedua pada jam 9.30 malam dan 12 tengah malam.

KELANTANfm pula akan menyajikan Sinar Aidilfitri bermula 8.30 malam pada hari raya pertama dan para pendengar juga akan dapat mendengarkan gelagat masyarakat menyambut raya dalam Drama Khas Aidilfitri pada jam 12.15 tengah hari manakala Dikir Raya Khas (Dikir Barat) pula alan ke udara pada hari raya kedua, jam 5.30 petang.

Di utara tanah air, Aidilfitri turut diraikan menerusi stesen radio KEDAHfm seperti rancangan Salam & Pesan Tok Wan, pada hari raya pertama, pukul 3 petang dan berpesta pantun dalam Pantun Raya Sahabat Media, pada hari raya kedua, jam 12 tengah hari.

Bagi yang menyambut hari lebaran di Pulau Lagenda, Radio Malaysia LANGKAWIfm turut menyediakan program-program terbaik pada hari raya pertama dengan Bintang LANGKAWIfm, pada pukul 10.30 pagi sementara pada sebelah malam, Riang Ria RML akan ke udara pada jam 10 malam.

Di Sarawak pula, SIBUfm yang beroperasi di Sibu, akan turut menyediakan rancangan istimewa, DJ-DJ Stesen Kembar Beraya pada hari raya pertama, jam 10 pagi dan pada hari raya kedua, jam 8 malam pula Mukun Ria di Hari Raya.

Bagi Negeri Di Bawah Bayu, SABAHVfm pula telah menyenaraikan beberapa program menarik di dalam bahasa Bajau, iaitu Bedayag Besomo Pengkale Ta' Lou Raya (Berhibur Bersama di Hari Raya) pada hari raya pertama, pukul 4.30 petang dan Suasana di Hari Raya, pada hari raya ketiga, jam 4.30 petang.

Bagi suku kaum Kadazan pula, Hidayah Khas Aidilfitri akan menemui para pendengar pada pukul 6.30 pagi dan rancangan Salam Aidilfitri dalam bahasa Murut pula pada hari raya pertama dan kedua bermula 8 malam.BERNAMA